• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MYREN-X Tak Melibatkan Kos Tambahan

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembangunan infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi 100 Gigabit sesaat yang dikenali sebagai Malaysia Research Education Network (MYREN-X) tidak melibatkan sebarang kos tambahan daripada kerajaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata pembangunannya adalah menggunakan peruntukan sedia ada sebelum ini.

“Melalui broadband access ini, tidak ada peningkatan kos, tidak ada additional cost. Ia menggunakan kontrak-kontrak lama,” katanya kepada wartawan di majlis pelancaran MYREN-X oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Universiti Malaya di sini, hari ini.

Beliau berkata, MYREN-X yang akan dibangunkan sepenuhnya menjelang Julai 2019 akan memberi manfaat kepada hampir 150 institusi pengajian tinggi di negara ini, khususnya 20 universiti awam, empat universiti swasta, 31 politeknik, 85 kolej komuniti, lima hospital dan fakulti perubatan dan lima agensi Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Dengan rangkaian ini, ia membolehkan kita mengakses hampir semua network di dalam dunia ini secara terus kepada rangkaian pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan antarabangsa yang diliputi oleh jaringan Trans-Eurasia Information Network (TEIN),” katanya.

Idris berk​​​ata ini termasuk Pan-European Research and Education Network (GEANT), INTERNET2 USA, Korea Advanced Research Network (KOREN), China Education and Research Network (CERNET), Japan Science Information Network (SINET) serta jaringan penyelidikan negara-negara ASEAN.

“Infrastruktur ini juga meletakkan Malaysia bersama-sama dengan Kelab Gigabit Dunia dan memastikan kelajuan dan akses sudah tidak lagi menjadi penghalang kepada pelajar dan penyelidik dalam negara,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata pegawainya dijadualkan akan bertemu dengan pihak berkuasa Oman untuk menjelaskan isu berkaitan kerajaan itu menghalang rakyatnya untuk berurusan dengan empat institusi pengajian tinggi swasta di negara ini.

Beliau yakin hubungan baik antara Malaysia dan Oman mampu menyelesaian salah faham tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris JusohMYREN-X
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd