• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muzik Video Baru Shiha Ada Kaitan Dengan Rakan

oleh
22/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAIN daripada susunan lagu, muzik video juga kadang-kala akan mempengaruhi pendengar untuk terus meminati lagu tersebut.

Bagi Shiha Zikir, apa yang ditunjukkan di dalam muzik video single terbaharunya, Jagakan Dia merupakan kisah benar yang dilalui oleh kenalan rapatnya sendiri.

Single itu telah dicipta sepenuhnya oleh penyanyi Ippo Hafiz dan Shiha sendiri telah berlakon di dalam muzik video itu bersama dengan aktor Saharul Ridzuan.

“Muzik video tersebut menampilkan jalan cerita seorang wanita yang kehilangan anak serta suaminya.

“Kenalan saya pernah melalui dugaan tersebut dan saya ada bercerita kepadanya mengenai muzik video saya.

“Selepas muzik video saya selesai, saya ada tunjukkan kepadanya. Dia menangis kerana teringatkan tragedi yang pernah ditempuhi satu masa dulu,” kata Shiha dipetik daripada Astro Gempak.

Menurut Shiha, itu merupakan kali pertama dia bekerjasama dengan Saharul dan dia sendiri mengakui senang bekerja dengan hero pujaan ramai tersebut.

“Ketika saya merangka jalan cerita muzik video tersebut, saya terus teringatkan Saharul kerana perwatakannya sangat sesuai dengan jalan cerita yang saya cuba tampilkan.

“Saya memang tidak kenali Saharul sebelum ini lantas saya memberanikan diri menghubunginya menerusi laman Instagram. Saya tak sangka dia bersetuju apabila saya mengusulkan cadangan itu,” katanya lagi.

Tambah peserta program Mentor musim ke-5 itu, dia memuji sikap profesional Saharul dan mereka berjaya menyiapkan penggambaran muzik video itu dalam masa satu hari sahaja.

Dalam perkembangan terbaharu, Shiha telah dilantik bagi menjadi duta produk kecantikan Airish London selama setahun. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: muzik videSaharul RidzwanShiha Zikir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Badan Ketul-Ketul Pun Pakai ‘Gloves’ Ke Abang?

19/03/2020
0

PELAKON Saharul Ridzwan kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang mengambil mudah mengenai bahaya wabak Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan...

Alasan Shiha Guna Khidmat Model Lelaki Tanpa Baju

16/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam melancarkan klip video bagi single terbaharunya, Pipiyama, penyanyi Shiha Zikir menerima kecaman daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd