• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Gesa PKS Tingkat Prestasi Berdaya Saing

oleh Ahmad Albab
30/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menggesa penggiat industri tempatan, khususnya, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), meningkatkan prestasi mereka untuk mengekalkan perniagaan masing-masing supaya kekal berdaya saing.

Beliau berkata lanjutan Insentif Cukai Hub Utama sehingga 31 Dis 2020 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 Jumaat lepas, bukan sahaja akan menjadikan Malaysia lokasi menarik kepada lebih banyak syarikat asing untuk memanfaatnya, bahkan mewujudkan keperluan untuk bakat dan keupayaan PKS tempatan melengkapkan perniagaan asing berkenaan.

“Kini terdapat kira-kira 975,000 PKS tempatan. Saya menjangkakan PKS asing yang mahu mewujudkan hab mereka di sini akan mendapatkan lebih banyak peluang dengan rakan-rakan tempatan, seperti usaha sama dan sebagainya,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Rantaian Pembekalan Negara 2017 di sinihari ini.

Mustapa berkata Inisiatif Hub Utama yang diperkenalkan pada Mei 2015, meluluskan 27 permohonan syarikat multinasional untuk menubuhkan ibu pejabat serantau dan global mereka di Malaysia.

Inisiatif ini juga menyumbang perbelanjaan perniagaan lebih RM230 juta, selain penggunaan perkhidmatan sampingan tempatan bernilai sekitar RM20 juta setiap tahun, serta pewujudkan pekerjaan bernilai tinggi.

Mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), beliau berkata Malaysia hari ini menghadiri mesyuarat perunding utama di Tokyo, Jepun, bersama 10 negara lain bagi meneruskan rundingan, tanpa Amerika Syarikat.

“Mesyuarat itu bertujuan menyediakan cadangan konkrit kepada menteri untuk mempertimbang isu-isu TPPA pada mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Da Nang, Vietnam, dalam tempoh dua minggu,” kata Mustapa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud berkata dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, Malaysia mencatatkan RM65.4 bilion nilai pelaburan tambahan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan, pembuatan dan utama, yang melibatkan 2,294 projek, yang bakal mewujudkan lebih 61,900 peluang pekerjaan.

Beliau berkata sejak 2012-2016, Malaysia merekodkan RM1.03 trilion pelaburan dalam ketiga-tiga sektor itu, yang melibatkan 29,717 projek dan mewujudkan 886,592 peluang pekerjaan.

Pada majlis hari ini, Azman berkata MIDA, sebagai agensi promosi pelaburan utama, kini menunggu manfaat limpahan daripada kesan hubungan perniagaan strategik, khususnya dalam pembangunan Industri 4.0.

Setakat ini, 171 rangkaian perniagaan berpotensi telah diatur menerusi siri persidangan, yang terakhir diadakan di Sarawak pada 22 Nov.

Persidangan sehari anjuran MIDA itu meliputi pelbagai sektor termasuk komponen, alat ganti, bahan mentah, logistik, pembungkusan, perkhidmatan pergudangan, penyelenggaraan, kejuruteraan dan teknologi maklumat. – BERNAMA

Tags: Mustapa MohamedPKS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

PKS Diberi Tumpuan Dalam Bajet 2023 – PM

PKS Diberi Tumpuan Dalam Bajet 2023 – PM

22/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) diberi tumpuan dalam pembentangan semula Bajet 2023 bulan depan. Ikuti Mynewshub: Telegram Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd