Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Khazanah Perjelas Artikel Babitkan...

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd. menyifatkan artikel oleh sebuah akhbar harian bahawa...

Projek Ladang Hutan Di...

ALOR SETAR – Projek pembangunan ladang hutan masih diteruskan di Kedah dalam usaha...

Cristiano Ronaldo Mengamuk

  BINTANG Real Madrid Cristiano Ronaldo melepaskan geram terhadap rakan pasukannya di bilik persalinan...

Terengganu Bakal Tubuh TFC...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu bakal menubuhkan Terengganu Football Club (TFC) Sdn...

Produk Lada Lalui Proses Pembersihan Ketat MPB

KUALA LUMPUR – Kerajaan, melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB), akan terus memastikan produk lada yang dihasilkan, dibungkus dan dieksport melalui proses pembersihan yang ketat.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata produk tersebut juga akan dinilai mengikut standard kualiti antarabangsa dan disahkan bagi paras sisa racun perosak yang rendah.

“Kami mencadangkan Komuniti Lada Antarabangsa (IPC) memainkan peranan yang lebih besar dalam melindungi kepentingan negara pengeluar lada yang lain termasuk Malaysia, Indonesia, India dan Sri Lanka untuk memastikan industri itu kekal mampan pada masa depan,” katanya.

Mah berkata demikian semasa lawatan rasmi beliau ke Vietnam untuk meninjau peluang bagi meningkatkan kerjasama strategik dalam pembangunan teknologi, terutamanya dalam sektor minyak sawit, getah dan lada.

Beliau berkata pekebun lada di Malaysia perlu banyak belajar daripada pekebun di Vietnam, terutamanya dari segi mekanisasi dan pengurusan ladang.


“Pekebun lada di Vietnam bekerja keras dan setiap pekebun lada memiliki kira-kira satu hektar dan mereka dibantu oleh mekanisme pembiayaan berasaskan pertanian yang disediakan oleh bank-bank tempatan,” katanya.

Mah berkata Persatuan Lada Vietnam (VPA) turut memuji Malaysia yang menghasilkan lada dengan kualiti bertaraf dunia.

“Ahli VPA, yang mempunyai pelanggan/pembeli dari Eropah dan Amerika Syarikat, masih membuat pesanan bagi lada Sarawak secara berterusan, ” katanya. – BERNAMA

Kategori