• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MotoGP: Rossi Catat Masa Terpantas Di Sepang

oleh Ahmad Albab
28/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Juara dunia tujuh kali MotoGP Valentino Rossi daripada pasukan Movistar Yamaha MotoGP menjadi pelumba pertama merekodkan masa bawah dua minit dengan catatan 1: 59.947s dalam sesi Latihan Bebas ketiga pada Kejohanan Motosikal Grand Prix Malaysia (MotoGP) 2017 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini.

Pelumba Itali yang juga paling menyerlah di Sepang dengan enam kemenangan dalam kelas premium itu menggunakan peluang daripada cuaca baik pada sesi pagi, selepas mencatatkan 2:01.662s pada sesi pertama dan 2:13.071s selepas sesi kedua yang terjejas berikutan hujan, semalam.

Pelumba Perancis Johan Zarco daripada Monster Yamaha Tech 3 merupakan kedua terpantas dengan 2:00.024s, manakala pelumba Sepanyol Dani Pedrossa daripada Respol Honda Team menduduki tempat ketiga dengan 2:00.087s, di hadapan rakan sepasukannya yang juga juara pendahulu Marc Marquez, yang menduduki tempat kesembilan dengan masa 2:00.467s.

Seorang lagi pelumba Itali Franco Morbidelli daripada pasukan EG 0,0 Marc VDS mengungguli kategori MotoGP dengan 2:06.065s, diikuti Francesco Bagnaia daripada Sky Racing Team VR46 (2:06.679s) dan Miguel Oliveira daripada Red Bull KTM Ajo (2:06.698s).

Pelumba tempatan Hafizh Syahrin yang mewakili Petronas Raceline Malaysia pula menduduki tangga ke-11 dengan 2:07.639s manakala Khairul Idham Pawi daripada Idemitsu Honda Team Asia menduduki tempat ke-27 dengan merekodkan masa 2:08.585s.

Dalam Moto3, pelumba Del Conca Gresini Moto3 iaitu Jorge Martiin mengungguli sesi latihan dengan 2:15.606s, diikuti oleh Juanfran Guevara daripada RBA BOE Racing Team (2:16.606s) dan jaguh dunia baharu, Joan Mir daripada Leopard Racing (2:16.101s).

Pelumba Malaysia Adam Norrodin yang mewakili SIC Racing Team menduduki tempat keenam dengan 2:16.465s manakala pelumba wildcard Kasma Daniel Kasmayudin yang mewakili Petronas Sprinta Racing di tempat ke-20 dengan catatan masa 2:17.727s. – BERNAMA

Tags: Valentino rossi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Si Doktor Mahu Bangkit Kembali Di Litar Sepang

01/11/2018
0

SEPANG - Legenda MotoGP, Valentino Rossi berharap beliau mampu bangkit daripada perlumbaan yang mengecewakan di Litar Phillip Island minggu lepas...

Rossi Hampiri 6,000 Mata GP

01/08/2018
0

PELUMBA Itali, Valentino Rossi berpeluang untuk melakar sejarah pada perlumbaan Grand Prix Republik Czech hujung minggu ini ketika juara dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd