• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Kekalkan Tarikh Separuh Akhir Piala Malaysia

oleh AK-47
02/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) telah menghantar surat rasmi kepada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) memohon agar dikekalkan tarikh 14 Okt depan bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Ipoh.

Presidennya Datuk Abdul Puhat Mat Nayan berkata surat itu dihantar pada 26 Sept lepas namun sehingga kini belum ada kata putus daripada FMLLP.

“Kita harap FMLLP beri pertimbangan sewajarnya kerana 14 Okt itu merupakan hari Sabtu, jadi memudahkan orang ramai untuk ke stadium kerana esoknya masih merupakan cuti hujung minggu,” katanya yang ditemui selepas merasmikan Kejohanan 3×3 Ipoh Circuit Malaysia 2017 di AEON Big Falim, di sini.

Katanya PAFA berharap FMLLP bersetuju dengan tarikh itu bagi memudahkan puluhan ribu penyokong The Bos Gaurus dari seluruh negeri turun memberikan sokongan.

Sebelum ini, FMLLP menghantar surat kepada PAFA memaklumkan aksi separuh akhir pertama antara Perak dan JDT diadakan pada 15 Okt di Stadium Ipoh.

Namun, perkara itu tidak dipersetujui PAFA kerana FMLLP didakwa menetapkan tarikh berkenaan tanpa membuat sebarang perbincangan.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat PAFA Ahmad Shahrul Azhar Sofian ketika dihubungi Bernama, berkata PAFA sedikit terkilan namun tetap optimis FMLLP akan menerima rayuan PAFA.

“Kita harap FMLLP bersetuju. Lagi pun ini aksi terakhir Perak di gelanggang sendiri dan biarlah ia ditamatkan dengan suasana yang meriah daripada sokongan puluhan ribu penyokong,” katanya yang berharap FMLLP akan memberi jawapan dalam masa terdekat bagi memudahkan penyokong membuat perancangan. – BERNAMA

Tags: PAFAPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd