• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misteri Kotak Hitam Disangka Bom Kini Terjawab

oleh
03/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES penemuan sebuah kotak hitam oleh orang ramai berhampiran pintu masuk pusat belah beli di Jalan Bukit Bintang terjawab apabila pihak berkuasa mengesahkan objek itu bukan bahan letupan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, pihak polis bersama unit pengesan anjing bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan kira-kira jam 10 malam tadi.

“Anggota polis bantuan pusat beli belah berkenaan memaklumkan penemuan kotak hitam berukuran kira-kira 10 x 5 sentimeter yang kelihatan seperti bom.

“Sebaik terima panggilan kecemasan daripada angota polis bantuan, sepasukan polis bersama unit pengesan anjing (K9) dikerahkan ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan,” katanya dilapor Harian Metro.

Tambah Mohd Syukri lagi, kemudian unit pemusnah bom pula tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 12 tengah malam bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.

“Kotak itu dimusnahkan oleh unit pemusnah bom pada 1.50 pagi,” ujar Mohd. Syukri. Jelasnya lagi, berdasarkan pemeriksaan tiada sebarang bahan letupan yang  ditemui dalam kotak berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan masih terus dijalankan bagi mengenal pasti isi kandungan dalam kotak hitam tersebut.

Sementara itu, pihak polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian bagi mengesan identiti individu tidak bertanggungjawab yang meletakkan kotak tersebut.

“Kami akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian bagi mengesan individu yang meletakkan kotak berkenaan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Ancaman BomBukit Bintangkotak hitam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Black Hawk-American Airlines: Kotak Hitam Masih Belum Ditemukan

Nahas Black Hawk-American Airlines: Kotak Hitam Masih Belum Ditemukan

31/01/2025
0

WASHINGTON - Penyiasat masih belum menemukan perakam data penerbangan daripada pesawat dan helikopter tentera yang terlibat dalam perlanggaran maut di...

Kotak Hitam Pesawat Jeju Air Henti Merakam 2km Sebelum Landasan

Kotak Hitam Pesawat Jeju Air Henti Merakam 2km Sebelum Landasan

27/01/2025
0

SEOUL - Pihak berkuasa Korea Selatan yang menyiasat nahas tragik Jeju Air bulan lepas mengeluarkan laporan awal kemalangan itu pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd