• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC Sedia Bincang Pertukaran Kerusi

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MIC sedia berbincang dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bertukar kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata presidennya Datuk Seri Dr S. Subaramaniam.

Namun perbincangan itu, katanya, tidak akan menukar hasrat MIC untuk mempertahankan sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya pada PRU13 lalu.

Katanya, prinsip pembahagian kerusi sedia ada perlu dikekalkan kerana sebarang pertukaran akan memberi implikasi kepada sistem dan tradisi yang diamalkan semenjak dulu lagi.

“Setakat ini memang tiada perancangan untuk meninggalkan kerusi-kerusi sedia ada, tetapi dari segi perpindahan kerusi mungkin pihak kita boleh berbincang. MIC sedia berbincang tetapi tidak mengenai pengurangan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh parti.

“Kita akan cari jalan penyelesaian yang baik melalui semangat kekeluargaan dalam BN, saya percaya ia boleh diselesaikan” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, di sini, hari ini.

Sementara itu, Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata buat masa ini keputusan pengagihan kerusi masih lagi dalam perbincangan bersama Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, pemilihan seseorang calon itu perlu melalui beberapa saringan bagi memastikan hanya calon yang terbaik sahaja akan diletakkan bagi membantu kemenangan BN.

“Kita belum muktamadkan senarai calon, kerana kita hanya akan letak ‘winnable candidates’ (calon disukai dan boleh menang) yang mempunyai sokongan di peringkat akar umbi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S. SubaramaniamMIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

Mengapa Cina India Perlu Sokong MCA MIC? BN-PN Mahu Satukan Undi Melayu-Islam – Senator DAP

Mengapa Cina India Perlu Sokong MCA MIC? BN-PN Mahu Satukan Undi Melayu-Islam – Senator DAP

18/07/2026
0

SEREMBAN - Senator DAP, RA Lingeshwaran mempersoalkan mengapa kaum Cina dan India perlu menyokong MCA dan MIC dalam Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd