• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MATTA Mahu Bajet 2018 Sediakan Faedah, Dana

oleh AK-47
13/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berharap Bajet 2018 akan terus menyediakan insentif dan dana untuk menggalakkan industri pelancongan.

Presiden, Datuk Tan Kok Liang berkata antara harapan MATTA bagi Bajet 2018 adalah supaya kerajaan melanjutkan faedah kepada pengusaha pelancongan dalam negara sehingga 2020 selain melonggarkansyarat bertujuan untuk membantu syarikat kecil atau baharu.

Beliau berkata pengusaha pelancongan yang mengendalikan lebih 750 pelancong asing dan 1,500 pengunjung domestik sewajarnya diberikan insentif cukai.

“Kami juga perlu mencari dana untuk menambah kapasiti dalam sektor pelancongan, daripada latihan perintis hingga kepada melatih semula dan peningkatan kemahiran pengamal industri ini,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan alu-aluan di pembukaan Pameran MATTA Pulau Pinang 2017 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Bajet 2018 di Parlimen pada 27, Okt ini selepas mempertimbangkan banyak pandangan serta maklum balas daripada pelbagai pemegang kepentingan.

Tan berkata, MATTA telah mengemukakan syor dan maklum balas bagi Bajet 2018 dan berharap​​​​​​​kerajaan dapat menyediakan insentif dan pendanaan untuk menggalakkan industri tersebut.

Beliau berkata, dalam usaha menarik lebih banyak pelancong berbelanja tinggi, MATTA memohon supaya duti import ke atas kenderaan pelancongan mewah dibatalkan di samping pengecualian duti eksais diperluaskan kepada semua kelas kenderaan pelancongan.

“Tidak berlaku kekurangan hotel mewah di Malaysia namun bagi pengangkutan pelancongan terutama untuk kumpulan kecil dan keluarga, ia tidak setara,” katanya.

Sementara itu, Tan berkata, MATTA menyasarkan pulangan jualan sebanyak RM20 juta dan jumlah pengunjung mencecah 18,000 semasa berlangsungnya Pameran MATTA Pulau Pinang selama tiga hari, yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Straits Quay di sini.

“Tahun lepas, kami mencatatkan lebih 15,000 pengunjung dengan jualan kira-kira RM15 juta. Bagi pameran tahun ini 133 gerai telah diisi, dan saya yakin kami akan menjana jualan yang lebih tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Datuk Tan Kok LiangMATTA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

Kenaikan Kos Tunai Umrah: Industri Pelancongan Bersifat Pasaran Bebas – MATTA

27/01/2023
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) akan terus memantau dan menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan bagi...

Jangan Diskriminasi Segmen Umrah

31/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen–Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) meminta kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengambil tindakan tergesa-gesa termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd