• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Kemalangan Bas Pekerja Selamat Dikebumi

oleh AK-47
24/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Jenazah Noriah Kasa, 40, mangsa yang maut dalam kemalangan bas kilang di Juru hari ini, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Dungun dekat sini kira-kira 6.05 petang tadi.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Sungai Dungun dengan diimamkan oleh imam masjid tersebut, Samsudin Ahmad.

Kakak mangsa, Rosnah, 50, berkata, Noriah, yang merupakan anak kedua daripada lima beradik, merupakan seorang ibu tunggal yang amat bertanggungjawab terhadap tiga anaknya.

Katanya Noriah mahu melihat anak bongsunya Zarul Haziq Zuryanidufizan, 12, bergelar ustaz, namun ia tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan ngeri itu.

“Ahad lalu, semua adik-beradik kami berkumpul di sini sempena cuti sekolah dan itulah kali terakhir kami bertemu dan makan bersama dengan arwah,” katanya ketika ditemui media di rumahnya di Kampung Parit Sungai Dungun, di sini.

Rosnah berkata pada pertemuan terakhir itu, adiknya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Beliau berkata Noriah adiknya baru empat tahun bekerja di kilang elektronik di Prai, Pulau Pinang bagi menyara kehidupan keluarga.

Kemalangan di KM147 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru pada 5.30 pagi tadi meragut lapan nyawa. – BERNAMA

Tags: kemalangan bas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bas Bawa 45 Pekerja Kilang Terbakar

12/12/2021
0

SEREMBAN: Sekumpulan pekerja kilang panik apabila bas dinaiki mereka selepas selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 di daerah ini, terbakar di...

2 Parah, Bas Rombongan Rempuh Treler

07/03/2020
0

BENTONG - Dua penumpang parah manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dengan sebuah treler di Kilometer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd