Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Sejarah Pelan Imunisasi Malaysia...

KUALA LUMPUR - Masih sangsi dengan keberkesanan vaksin dan fungsinya yang menyelamatkan jutaan...

Grand Saga Edar 1,500...

KUALA LUMPUR - Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) akan mengedarkan sebanyak 1,500...

Harimau Malaya Tagih Sokongan...

KUALA LUMPUR – Penjaga gol kebangsaan, Mohd Farizal Marlias percaya sokongan padu penyokong...

Imam Demam Denggi: Pengantin...

TEMERLOH – Pasangan pengantin baharu yang telah enam tahun menyulam cinta tidak menyangka...

Malaysia Lepasi Sasaran Nilai Jualan Di FBF 2017

FRANKFURT – Pesta Buku Frankfurt (FBF) 2017, acara industri buku dan penerbitan terbesar di dunia, melabuhkan tirainya pada Ahad dengan Malaysia mencatat nilai kontrak jualan lebih RM9 juta.

Ketua delegasi Malaysia ke FBF, Abd Wahab Ibrahim berkata penyertaan Malaysia kali ini secara keseluruhannya amat memberangsangkan terutama dari segi dagangan industri perbukuan.

“Pencapaian kita melebihi jangkaan. Kita menyasarkan nilai kontrak jualan yang dirundingkan sebanyak RM8 juta namun kita capai lebih RM9 juta,” katanya kepada pemberita pada hari terakhir pesta buku yang mengumpulkan kira-kira 300,000 penerbit buku dari seluruh dunia.

Acara lima hari itu bermula 11 Oktober lepas.

Abdul Wahab, yang juga Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) berkata organisasi itu memainkan peranannya dalam mengintai peluang perniagaan menerusi hampir 100 padanan perniagaan bersama penerbit antarabangsa antaranya dari Turki, Vietnam dan Taiwan.

Beliau juga kagum dengan tahap profesionalisme yang ditunjukkan delegasi Malaysia termasuk 31 pempamer daripada agensi kerajaan dan swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia.

“Ia membuktikan kesungguhan pemain industri buku dalam memartabatkan industri itu bukan hanya di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa,” katanya.


Beliau seterusnya berkata Malaysia turut menerima pelawaan daripada wakil London Book Fair, Seoul International Book Fair dan Turkey International Book Fair untuk menyertai pesta buku di negara berkenaan tahun depan.

Sementara itu, Pengurus Kanan Perbadanan Kota Buku, Hasri Hasan berkata nilai jualan yang dicatat Malaysia itu sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pemain industri buku tempatan.

Pelbagai aktiviti diadakan di Pavilion Malaysia sepanjang FBF 2017 bertempat di Pusat Dagang Frankfurt seperti pelancaran Storymaker League’s 1st Asian Story-Writing Challenge 2017, pelancaran Bulan Bahasa dan novel bertajuk ‘The Blood Witch’ hasil tulisan penulis tempatan, Cinthia Koeksal.

Malaysia memilih tema Wajah-Wajah Malaysia tahun ini dengan memaparkan budaya Orang Asli suku Mah Meri yang dibawakan khas dari Pulau Carey, Banting ke Frankfurt sebagai antara tarikan di Pavilion Malaysia. – BERNAMA

Kategori