• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Dalam Pameran Pertahanan Bahrain

oleh AK-47
21/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANAMA – Malaysia mengambil bahagian dalam Pameran Pertahanan dan Persidangan Antarabangsa Bahrain (BIDEC) 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Bahrain bermula 16 hingga 18 Oktober 2017.

Penyertaan Malaysia merupakan inisiatif Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi memperkukuhkan lagi hubungan Malaysia dengan negara-negara Teluk (GCC) khususnya Bahrain.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan media memberitahu, BIDEC 2017 merupakan pameran pertahanan antarabangsa yang julung kali diadakan oleh kerajaan Bahrain melibatkan 180 pempamer dari 39 negara.

“Ia membuka peluang kepada industri pertahanan pelbagai negara bagi mempamerkan barangan dan berkongsi idea tentang keselamatan dan pertahanan disamping mengeratkan lagi hubungan Bahrain dengan negara luar yang terlibat.

“Bahagian Industri Pertahanan di bawah Kementerian Pertahanan dan dibantu Defence Services Asia (DSA) Sdn. Bhd. sebagai koordinator untuk pameran itu telah berjaya mengumpulkan tujuh syarikat pertahanan tempatan untuk melaksanakan pameran ini di bawah Malaysia Pavilion,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Kementerian Pertahanan, syarikat pertahanan dari Malaysia terdiri daripada Defence Services Asia (DSA) Sdn. Bhd., EN Projects (M) Sdn. Bhd. (LIMA ’19), Boustead Holdings Berhad, Westar Defence Industry, DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH), Destini Bhd. dan System Consultancy Services Sdn. Bhd. (SCS).

“BIDEC 2017 dirasmikan oleh His Majesty King Hamad Isa Al Khalifa, Kingdom of Bahrain merangkap Penaung BIDEC 2017,” kata Kementerian Pertahanan.

Delegasi Kementerian Pertahanan Malaysia ke BIDEC 2017 diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affendi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Panglima Armada Pemerintahan Armada Barat, Laksamana Madya Datuk Seri Panglima Mohamed Roslan Mohamad Ramli; Ketua Eksekutif MiDAS, Leftenan Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki; Panglima Pendidikan dan Latihan TUDM, Mejar Jeneral Datuk Romlee Yahaya.

“Kehadiran Panglima Angkatan Tentera Malaysia bukan hanya sekadar menjadi Ketua Delegasi untuk Malaysia Pavilion bahkan beliau diberi penghormatan menyampaikan ucapan dan berkongsi idea dengan tajuk ucapannya “Security Challenges and Opportunities” dalam Middle East Military Alliances & Coalitions Conference (MEMAC) sempena BIDEC 2017,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd