• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berdiri Teguh Bersama Rakyat Amerika

oleh Ahmad Albab
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia teguh bersatu bersama rakyat Amerika berikutan kejadian tembakan di konsert Las Vegas pada malam Ahad yang menyebabkan sekurang-kurangnya 59 maut dan lebih 500 cedera.

Beliau melahirkan kesedihan itu terhadap insiden yang dilaporkan sebagai kejadian serangan tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat.

“Sedih dengan keganasan buruk di Las Vegas. Ingatan dan doa kami bersama mereka yang kehilangan orang tersayang. Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Amerika,” katanya dalam Twitter.

Laporan dari Las Vegas menyatakan seorang lelaki berusia 64 tahun melepaskan tembakan dari bilik di tingkat 32 Mandalay Bay Resort and Casino yang menyasarkan penonton konsert yang menghadiri festival muzik negara itu yang diadakan di seberang jalan hotel terbabit.

Penembak berkenaan, seorang penduduk Nevada yang dikenal pasti sebagai Stephen Paddock, ditemukan mati apabila polis tiba di biliknya yang turut menjumpai pelbagai senjata. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd