• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Disaran Laksana Pelan Cegah Psikososial

oleh Ahmad Albab
10/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majikan perlu melaksanakan pelan pencegahan atau mengurangkan risiko psikososial bagi mewujudkan persekitaran sihat di tempat kerja, kata anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata persekitaran tempat kerja yang sihat penting kerana pekerja menghabiskan satu pertiga hari mereka di pejabat.

“Justeru, isu-isu di tempat kerja sering menjadi antara penyumbang utama kepada tekanan. Pekerja mungkin tidak mengenali gejala masalah mental, terutama jika mereka mengalami bentuk tekanan ringan seperti kelesuan dan dysthymia (kemurungan berterusan).

“Sehubungan itu, promosi kesihatan di tempat kerja (WHP) menjadi semakin relevan kerana ia dapat memastikan keseimbangan antara harapan pelanggan dan sasaran organisasi serta keperluan tenaga kerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee turut mencadangkan setiap organisasi mengambil kira risiko tekanan dan aspek psikososial iaitu berkaitan dengan keadaan sosial kesihatan mental di tempat kerja sebagai sebahagian daripada strategi keselamatan dan kesihatan untuk mengurangkan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.

Sementara itu Lee berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan sistem penilaian kesihatan mental, berikutan peningkatan pelbagai isu berkaitan, sejak kebelakangan ini dalam kalangan masyarakat.

“Pembangunan indeks penilaian psikologi seperti itu boleh dilaksanakan Kementerian Kesihatan dan hasilnya nanti digunakan untuk membantu pihak yang berkenaan untuk merancang program berterusan bagi menangani isu kesihatan mental di negara ini,” katanya.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2015, kira-kira 4.2 juta rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas atau 29.2 peratus penduduk mengalami pelbagai masalah mental, iaitu peningkatan sebanyak 11.2 peratus berbanding 2006.

Lee berkata lebih membimbangkan, masalah mental turut melibatkan pelajar kerana nisbah mereka yang menghadapi masalah mental meningkat daripada satu dalam 10 orang pada 2011 kepada satu nisbah lima orang pada 2016.

“Pakar-pakar menegaskan tekanan dan kemurungan sebagai penyebab utama masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Lee Lam Thye
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

MCPF Sokong Babitkan Ibu Bapa Cegah Gejala Sosial

10/11/2018
0

GEORGE TOWN – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersetuju dan menyokong cadangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar kerajaan menggubal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd