• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lorong Tambah Nilai PLUS Ditutup Sempena Deepavali

oleh Ahmad Albab
11/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan ditutup sementara dari 17 hingga 19 Okt ini bersempena cuti perayaan Deepavali.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata penutupan lorong itu bertujuan melancarkan perjalanan trafik dan mengurangkan kesesakan yang dijangka berlaku akibat pengguna lebuh raya beratur di lorong tambah nilai.

Bagaimanapun, Azman berkata lorong tambah nilai di plaza tol Bukit Kayu Hitam dan Bangunan Sultan Iskandar tidak ditutup.

“Pengguna lebuh raya perlu memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi lain termasuk mesin ATM, kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak di semua hentian rehat dan rawat di sepanjang lebuh raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, langkah penutupan lorong tersebut pada musim perayaan yang lepas telah berjaya mengurangkan kesesakan di plaza tol dan pendekatan yang sama akan diambil untuk musim perayaan akan datang. – BERNAMA

Tags: DeepavaliPLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd