• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liverpool Terlepas Dua Legenda Man United

oleh Ahmad Albab
09/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETER Schmeichel dan Eric Cantona menjadi jaguh Manchester United tetapi sepatutnya mudah untuk menyertai kelab saingan mereka Liverpool.

Bekas pengurus Liverpool, Graeme Souness mendedahkan bahawa beliau mengakui menolak peluang untuk mendapatkan penjaga gol Schmeichel apabila beliau telah pun membawa masuk David James.

Beliau turut menolak Cantona kerana tidak mahu ‘kesulitan’ sebelum pemain kelahiran Perancis itu menyertai Leeds United dan kemudiannya ke Old Trafford.

Menerusi catatan daripada buku yang akan diterbitkan dalam The Sunday Times, Souness menulis: “Saya terlepas mendapatkan dua pemain yang menjadi legenda Manchester United.

“Ron Yeats yang mengetuai pencarian pemain memberitahu saya terdapat penjaga gawang muda kelahiran Denmark iaitu Peter Schmeichel, yang merupakan seorang peminat Liverpool dan bersedia membayar perjalanan dan hotelnya sendiri sebagai pertukaran demi bersama kami.

“Saya cuba meredakan Bruce Grobbelaar dan ia membuktikan kesulitan, ditambah saya baru menandatangani David James, jadi saya fikir saya boleh lakukan tanpa penjaga gol baru,” katanya.

“Eric Cantona merupakan seorang lagi yang saya terlepas. Michel Platini (pemain Perancis ketika itu) datang untuk berjumpa saya beritahu ada pemain untuk saya, seorang budak lelaki bermasalah tetapi pemain yang bagus. Dia adalah Cantona, tetapi perkara terakhir yang saya mahukan adalah pemain yang bermasalah.

“Saya mempunyai 30 lagi pemain yang cuba untuk tangani, jadi saya tidak memerlukan lebih banyak kerumitan. Saya beritahu saya sedang mencari sesuatu yang lain dan tak apalah, tidak terima kasih,” kata Souness. – Mail Online/mStar Online

Tags: LiverpoolManchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd