• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Pernah Dianggap Hodoh Terkenal, Isteri Cantik

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki dari China, Mei Aisi, 35, kini menjadi sensasi internet di negaranya selepas dia berkongsi gambar bersama isterinya yang berasal dari Ukraine, Daria Mei.

Ini kerana ramai yang tidak percaya bahawa lelaki hodoh dan tidak berpelajaran sepertinya mampu memiliki isteri yang cantik.

Dia juga memuatnaik gambar aktiviti harian bersama isteri dan anak perempuannya, Alice Mei setiap hari, sekali gus menjadikan Mei terkenal.

Isterinya, Daria, 23, merupakan penyanyi opera profesional dan memang cantik.

Mei yang berhijrah ke Ukraine pada 2001 selepas gagal dalam peperiksaan untuk masuk ke universiti, kini menubuhkan perniagaan ‘mencari jodoh’ iaitu kelab Ulove dengan menjadikan kisahnya sebagai modal bagi menarik perhatian ramai.

“Saya memutuskan untuk menubuhkan Ulove selepas ramai lelaki di China bertanyakan kepada saya bagaimana cara untuk mencari isteri yang cantik.

“Berbanding dengan lelaki Ukraine, lelaki China jauh lebih baik sebagai suami,’’ katanya.

Ulove berfungsi sebagai agensi pencari jodoh yang menghubungkan wanita Ukraine dengan lelaki China.

Untuk itu, bayaran keahlian tahunan berjumlah RM180,000 sebagai ahli VIP dikenakan dan pelanggan juga perlu membelanjakan sebanyak RM44,000 untuk setiap kali sesi pertemuan yang diadakan di kelab golf mewah di Kharkiv. – MYNEWSHUB.CC

Tags: cantik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siapa Wanita Cantik Ikon Parti Warisan Sabah Ini?

12/04/2018
0

MEMPUNYAI rupa yang cantik pasti akan menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi apabila golongan ini menduduki kerusi dalam kancah politik...

Nak Cantik Macam Neelofa? Amalkan 4 Tips Ini!

07/01/2018
0

TIDAK dinafikan, kecantikan dan keanggunan personaliti televisyen bernama Neelofa ini menjadi dambaan setiap wanita di negara kita. Meskipun dikurniakan rupa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd