KUANTAN – Seorang lelaki maut akibat tersepit di dalam mesin memproses kertas di sebuah kilang kertas di Bentong malam semalam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata semasa kejadian pukul 11.50 malam itu, mangsa Mohamed Saiful Nizal dipercayai sedang melakukan kerja penyelenggaraan mesin.
“Bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 12.01 tengah malam, namun mangsa dipercayai telah meninggal dunia semasa kami tiba di tempat kejadian,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Beliau menambah mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

