• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditemui Lemas Dihanyutkan ‘Kepala Air’

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang dihanyutkan ‘kepala air’ atau arus deras Sungai Kenerong di Dabong, Kuala Krai semalam, ditemui mati lemas hari ini.

Mayat Zamri Abdullah, 44, ditemui di kawasan berdekatan lokasi kejadian dalam keadaan tersangkut pada celah batu di sungai tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba, Mohamad Hanif Che Khalid berkata mangsa dijumpai kira-kira 11.35 pagi oleh sepasukan anggotanya yang menyambung semula operasi mencari pada 10.40 pagi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Klinik Kesihatan Dabong sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kejadian 2 petang semalam, mangsa dikatakan ke sungai berkenaan bersama isteri dan adiknya untuk mencari batu sungai bagi dijadikan batu nisan di pusara ibunya yang meninggal dunia tiga hari sebelum itu.

Mangsa, bagaimanapun tiba-tiba dihanyutkan kepala air manakala isteri dan adiknya terselamat. – BERNAMA

Tags: lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd