• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Didakwa Beri Rasuah Kepada Penjawat Awam

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menawar dan memberi suapan kepada seorang penjawat awam tahun lepas.

Lee Kee Heong, 63 membuat pengakuan itu di hadapan hakim S. Indra Nehru selepas kedua-dua pertuduhan ke atasnya dibacakan.

Untuk pertuduhan pertama, dia didakwa menawarkan suapan RM2,000 kepada Penolong Penguasa Imigresen Perak Abdul Majid Mohamed sebagai dorongan untuk melepaskan warga Pakistan Qaiser Iftikhar kerana berada di Malaysia setelah tamat tempoh pas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan Bandar Baru Seri Klebang di sini, kira-kira 6.07 petang, 17 Ogos 2016.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memberi suapan RM1,000 kepada pegawai imigresen itu sebagai dorongan tersebut di Restoran McDonald’s Bandar Meru Raya di sini, kira-kira 6.30 petang, 18 Ogos 2016.

Kedua-kedua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM R Kumuthambal manakala tertuduh diwakili peguam Chiang Mei Wan. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awamrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd