• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Bergelar ‘Datuk Seri’, Tumbuk 3 Anggota Rela

oleh
30/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA diminta alih kenderaan yang halang laluan, seorang lelaki kononnya bergelar ‘Datuk Seri’ didakwa bertindak melampau dengan memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Difahamkan, kejadian serangan tersebut berlaku hanya kerana ketiga-tiga anggota beruniform itu dikatakan tidak menunjukkan perasaan hormat kepada lelaki terbabit.

Insiden ini dipercayai berlaku di hadapan sebuah tokong di Ampang, Selangor pada pagi Jumaat ketika orang ramai sedang meraikan satu sambutan dan sepasukan anggota Rela telah ditugaskan untuk bantu memantau lalu lintas.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Rela, Datuk Seri Michael Chong, ketika kejadian berlaku mangsa iaitu Ranbo Lee, 27; Jackie Leong, 21; dan Melvin Cheong, 19 hanya meminta lelaki berkenaan untuk alih kenderaan.

Ini kerana kereta tersebut menghalang lalu lintas. Bagaimanapun, satu pertelingkahan telah berlaku antara lelaki berusia 28 tahun itu dengan anggota terlibat.

“Si pemandunya mendakwa perlu meminta kebenaran majikan dan apabila lelaki berusia 28 tahun itu mendapat tahu mengenai hal tersebut, dia naik angin.

“Satu pertelingkahan berlaku selepas lelaki itu menuduh anggota Rela berkenaan tidak menunjukkan hormat kepadanya.

“Dalam kejadian itu, Ranbo lebam dan bengkak pada mata kirinya, badan Jackie ditendang manakala Melvin dipukul di kepala oleh lelaki itu,” katanya dipetik Harian Metro.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Mohd Zaid Hassan mengesahkan menerima laporan insiden tersebut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan pengesahan status suspek juga sedang dilakukan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: halangRELAtokong
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet 2018: Naik Taraf LTAL Tepat Pada Masanya

Next Post

Trak Angkut Barang Tanpa Pemandu Diuji Di Singapura

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Polis Halang Penyokong Parti Politik Guna Dron, Alat Muzik

Polis Halang Penyokong Parti Politik Guna Dron, Alat Muzik

05/11/2022
0

KOTA BHARU: Polis mengesan dua kesalahan menerbangkan dron dan bermain alat muzik melibatkan penyokong parti politik ketika proses penamaan calon...

Next Post

Trak Angkut Barang Tanpa Pemandu Diuji Di Singapura

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd