• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Polis Bertambah, Boy Iman Direman Semula

oleh
05/10/2017
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKIN PANAS… Sebanyak 201 laporan diterima pihak polis mengenai kes penipuan perumahan banglo kos rendah dijalankan oleh DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan jumlah laporan telah bertambah daripada hanya 188 yang diterima mereka sebelum ini.

Justeru menurut Harian Metro, perintah tahanan reman Boy Iman telah dikeluarkan semula oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar Nor’ Iza Mohamed hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Aktor kacak era 1990-an berusia 37 tahun itu dilihat dibawa ke pekarangan kompleks mahkamah di Kuala Lumpur dengan tangan bergari dan dipegang erat anggota polis kira-kira 9 pagi Khamis.

Kata Acryl Sani, kes ini masih lagi disiasat dan kesemua mereka akan direman semula pada Khamis, di mana perintah penahanan Boy Iman akan dipohon di Muar, Johor manakala dua lagi suspek di Nilai, Negeri Sembilan.

“Kes masih disiasat. Pihak polis akan memanggil beberapa lagi individu untuk membantu siasatan,” kata Acryl Sani pada Rabu malam.

Boy Iman juga telah dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar (IPD) untuk direman bagi siasatan lanjut.

Tiga suspek yang terlibat termasuk Boy Iman telah bebas tahanan reman pada petang Rabu sebelum mereka ditahan semula dan dibawa ke dua negeri yang berasingan untuk siasatan lanjut.

BACA: Kerana Isu DBI, Adam Shaz Turut Kena Tempias

Laporan polis berkaitan kes penipuan itu juga telah diterima daripada seluruh negara.

Sebelum ini, kesemua suspek yang berusia 29 hingga 45 tahun itu telah direman selama dua hari bermula Selasa lalu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu penipuan.

“Dalam tangkapan pertama, JSJK merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah kereta BMW E92, 3 unit telefon bimbit, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan pelbagai dokumen DBI Properties.

“Manakala, dalam tangkapan kedua, kita rampas dua unit telefon bimbit dan pelbagai dokumen Juta Kelulut Global Resources,” katanya dipetik mStar Online. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Tags: DBI PropertiesJuta Kelulutkos rendahtipu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sarawak Tingkatkan Usaha Tangani Jangkitan HIV

Next Post

Seorang Lelaki Ditemui Mati Disyaki Dipukul

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

Next Post

Seorang Lelaki Ditemui Mati Disyaki Dipukul

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd