Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Harga Durian Dijangka Meningkat...

JASIN: Peminat durian di negara ini perlu bersedia dengan kenaikan harga raja buah...

Majlis Keselamatan PBB Bincang...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - Kejadian di mana pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh...

16,117 Kes Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Kes harian COVID-19 di negara ini kekal lima angka sejak kali...

PRK Tanjung Piai: PAS...

MARANG - PAS menyerahkan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon dalam...

KWSP: Penggunaan Kemudahan i-Akaun Meningkat 35.23%

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan penggunaan i-Akaun meningkat 35.23 peratus kepada 8.45 juta pada suku kedua tahun ini berbanding 6.25 juta pada suku yang sama tahun lepas.

“Kami sangat gembira kerana semakin ramai ahli memilih menggunakan i-Akaun. KWSP akan terus melakukan inovatif dalam penyampaian perkhidmatan kami, yang merupakan bahagian penting dalam prestasi operasi kami,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Mohd Naim Daruwish.

Kemudahan i-Akaun, yang membolehkan ahli menyemak akaun KWSP mereka, diperkenalkan pada 2014. Kemudahan ini yang juga terdapat dalam platform aplikasi mudah alih, telah dipertingkatkan dengan lebih banyak ciri yang membolehkan ahli mengemukakan pertanyaan berkaitan pengeluaran untuk perumahan selain menyemak status penamaan masing-masing.

Mohd Naim berkata aplikasi itu akan dipertingkatkan lagi menjelang akhir tahun ini, termasuk antara muka penyata baharu KWSP, ‘push notification’ peti masuk selamat dan fakta dan soalan mengenai Simpanan Shariah.

“Ini merupakan tambahan kepada ciri-ciri asal seperti menyemak penyata KWSP selain menggunakan kalkulator persaraan untuk melihat simpanan mereka,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata trafik pelawat ke portal myEPF pada suku kedua 2017 merosot 5.51 peratus kepada 5.47 juta berbanding 5.79 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Penggunaan Kios KWSP juga dilaporkan menurun sebanyak 8.39 peratus kepada 2.38 juta berbanding 2.60 juta sebelumnya.


“Pelbagai khidmat e-perkhidmatan yang kini tersedia, terutama i-Akaun, menyumbang kepada penurunan 15.04 peratus bilangan pengunjung ke kaunter khidmat KWSP di seluruh negara kepada 791,868 yang dicatatkan pada suku kedua 2017 berbanding 932,083 yang direkodkan pada suku kedua tahun lepas.

Mohd Naim juga berkata penurunan ini menunjukkan trend yang semakin meningkat dalam kalangan ahli yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian bagi mendapatkan maklumat mengenai akaun KWSP mereka.

“Ini sejajar dengan hasrat strategik KWSP untuk merekodkan sekurang-kurangnya 80 peratus anggotanya menggunakan kaedah layan diri,” katanya sambil menambah bahawa khidmat dalam talian e-Pengeluaran melalui i-Akaun juga merupakan kejayaan penting yang berjaya membantu ahli mempercepatkan proses pengeluaran, dengan membolehkan mereka mengemukakan permohonan secara dalam talian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KWSP

Kategori