• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurikulum Bersepadu Tahfiz Menjelang 2025

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kurikulum Bersepadu Tahfiz akan dilaksanakan di semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan pondok tahfiz di negeri ini menjelang tahun 2025, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata cadangan itu dibuat berikutan terdapat permintaan yang tinggi daripada ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah tahfiz sehingga banyak pondok tahfiz ditubuhkan.

“Kerajaan memikirkan tentang masa depan anak-anak di pondok-pondok tahfiz , kerana di sana mereka hanya memfokuskan ilmu tahfiz dan tidak mempelajari mata pelajaran asas yang lain.

“Bukan saya katakan mereka tidak mempunyai masa depan, tetapi adalah lebih baik jika mempelajari subjek-subjek lain yang akan mendatangkan tambah nilai kepada anak-anak dan juga masyarakat,” katanya pada majlis perasmian Surau Imam As-Shafie, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu di sini, hari ini. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Labu Datuk Hasim Rusdi.

Pengetua Cemerlang SMAP Labu Dr Abd Jalil Ahmad berkata surau berkenaan yang dibina di tapak berkeluasan 0.4 hektar dengan kos pembinaan RM1.5 juta, mempunyai kapasiti 1,000 jemaah.

Surau ini yang mula digunakan sejak Februari tahun ini turut mendapat kebenaran daripada mufti negeri untuk menunaikan solat Jumaat, katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd