• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuasa Veto Halang Siasatan Serangan Senjata Kimia

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyuarakan kekecewaannya dengan tindakan Rusia menggunakan kuasa veto, terhadap deraf resolusi untuk melanjutkan mandat panel yang menyiasat dalang di sebalik serangan senjata kimia di Syria, lapor agensi berita China Xinhua.

“Kami sangat kecewa dengan tindakan Rusia dengan meletakkan apa yang dianggap sebagai pertimbangan politik terhadap rakyat Syria,” kata jurucakap Jabatan Negara AS Heather Nauert pada taklimat harian.

Deraf resolusi tajaan AS itu, bertujuan mendapatkan mandat selama setahun lagi, bagi membolehkan Mekanisme Penyiasatan Bersama (JIM) Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan panel Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) meneruskan siasatan.

Di kalangan 15 anggota Majlis Keselamatan, Rusia dan Bolivia mengundi menentang langkah itu, sementara China serta Kazakhstan berkecuali manakala 11 lagi bersetuju.

Pada taklimat sama, Nauert berkata, Rusia memberikan gambaran akan menggunakan kuasa vetonya.

Terdahulu, sebelum undian dijalankan, Duta Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia, mencadangkan penangguhan sehingga 7 November, dengan alasan lanjutan mandat perlu dibincangkan, selepas laporan JIM yang dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua hari lagi.

Beliau berkata, undian tergesa-gesa seolah bertujuan “mengaibkan” Rusia.

Undi ‘tidak’ menyokong oleh Rusia yang menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan, menyaksikan deraf resolusi itu ditolak. – BERNAMA

Tags: Serangan Senjata Kimia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Pandang Serius Ancaman Senjata Kimia

28/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan sentiasa diletakkan dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi ancaman serangan...

Pakar Kimia Tiba Di Douma Esok

17/04/2018
0

THE HAGUE - Pakar senjata kimia dijangka tiba di Douma, Syria esok bagi menyiasat dakwaan serangan gas beracun, kata pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd