• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Kerja Pantau Perlaksanaan Bajet 2018

oleh AK-47
31/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa akan mempengerusikan satu jawatankuasa kerja bagi memantau pelaksanaan program dan projek dalam Bajet 2018, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Katanya pemantauan berkenaan dilihat penting bagi memastikan matlamat kerajaan untuk melihat ekonomi negara berkembang pada kadar lima hingga 5.5 peratus tahun depan, tercapai.

“Banyak program yang direncanakan (dalam Bajet 2018), jadi kita perlu memastikan ia dilaksanakan tepat pada masa yang telah diberikan,” katanya kepada pemberita selepas program Dialog Pasca Bajet 2018 di sini hari.

Beliau merupakan antara ahli panel pada dialog berkenaan.

Mohd Irwan Serigar berkata beliau akan turut terlibat dalam jawatankuasa kerja berkenaan sebagai timbalan pengerusi.

Katanya jawatankuasa kerja berkenaan juga akan memantau kos pelaksanaan program dan projek yang telah dirancang dalam Bajet 2018.

“Kita bukan sahaja tengok dari segi jadual perlaksanaan, malah kos yang efisien dan minimum supaya impak lebih tinggi boleh dinikmati oleh rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai Bajet 2018, Mohd Irwan Serigar berkata kedudukan harga minyak yang semakin pulih di pasaran global, membantu memudahkan kerajaan menyediakan bajet berkenaan.

Menurutnya kerajaan juga tidak meletakkan unjuran ke atas ringgit pada tahun depan, sebaliknya menggunakan harga pasaran semasa dalam penyediaan Bajet 2018. – BERNAMA

Tags: Bajet 2018Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Najib, Irwan Pindah Kes 7 Disember

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Dis untuk mendengar permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun...

Tempoh Kontrak Irwan Serigar Dipendekkan

14/05/2018
0

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan kontrak perkhidmatan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan kepada 14...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd