• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPSM Keningau Komited Lindungi Pekebun Kecil Sawit

oleh AK-47
11/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Koperasi Penanam Sawit Mapan (KPSM) Keningau mempelawa penanam kelapa sawit di daerah ini agar menyertainya bagi menikmati pelbagai faedah selain melindungi mereka daripada ditipu dan dimanipulasi oleh orang tengah dalam penjualan buah sawit.

Pengerusinya Datuk Justin Guka berkata pihaknya menerima banyak aduan penipuan timbangan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab selain mengenal pasti sekurang-kurangnya 10 pusat timbang tandan kelapa sawit yang diusahakan secara persendirian oleh indvidu tertentu di daerah Sook.

“Kami tidak mahu pekebun kecil sawit tertipu dan perkara yang berlarutan sejak sekian lama ini perlu dihentikan segera. Orang tengah mengambil kesempatan mengaut keuntungan besar daripada hasil titik peluh mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata KPSM Keningau yang ditubuhkan pada 2012 di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia merupakan cawangan KPSM ke-41 di seluruh negara.

Setakat ini KPSM Keningau dianggotai kira-kira 400 pekebun kecil.

Selain melindungi kepentingan pekebun kecil sawit, koperasi tersebut juga ditubuhkan bagi menyatukan golongan berkenaan dalam menjalankan aktiviti ekonomi melalui amalan pertanian baik serta jualan buah sawit secara berkelompok terus ke kilang.

Beliau berkata pekebun kecil sawit terbabit berpeluang meraih harga tinggi dan telus, mendapat potongan selepas jualan dan dividen akhir tahun, selain khidmat nasihat teknikal percuma serta pengurangan kos jualan operasi melalui jualan secara berkelompok.

Menurutnya kerajaan juga telah memperuntukkan kira-kira RM200,000 kepada koperasi itu untuk membina Pusat Timbang Buah Tandan Segar di Kampung Delayan Lama Sook yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup yang juga Anggota Parlimen Pensiangan pada Ahad lepas.

Pusat ini telah beroperasi dan menerima jualan buah sawit daripada pekebun kecil sekitar Sook, katanya. – BERNAMA

Tags: kelapa sawit
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Esscom Hantar Kertas Cadangan Sea Checkpoint

Next Post

Penyelidik, Industri Digesa Manfaat Khidmat Teknologi

Related Posts

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Remaja Curi 14 Tandan Kelapa Sawit, Sumbat Dalam Kancil

31/01/2024
0

HULU TERENGGANU - Tindakan seorang remaja lelaki mencuri buah kelapa sawit menggunakan kereta jenis Perodua Kancil tidak kesampaian apabila ditahan...

Buruh Paksa Bukan Lagi Isu Sawit Negara Ini

22/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Amalan buruh paksa bukan lagi isu di negara ini, berikutan tindakan kerajaan melaksanakan pelbagai langkah menanganinya, termasuk...

Next Post

Penyelidik, Industri Digesa Manfaat Khidmat Teknologi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd