• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Selangor Lupus Barang Kes RM2.5 Juta

oleh Ahmad Albab
16/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor hari ini melupuskan pelbagai barang rampasan bernilai kira-kira RM2.5 juta membabitkan 43 kes antara 2012 hingga awal bulan ini.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Azman Adam berkata barangan yang dilupuskan adalah 22,135 unit jersi bola sepak tiruan, kasut berjenama terkemuka tiruan, beg tangan wanita berjenama terkemuka tiruan, minyak pelincir motosikal serta video cakera padat cetak rompak (3,863 keping).

Selain itu katanya, katrij mesin pencetak komputer tiruan merekodkan jumlah rampasan terbesar iaitu sebanyak 40,345 unit, penuras minyak kenderaan tiruan (153 unit) dan 80 unit makanan yang menggunakan logo halal serta jenama tidak sah.

“Kesemua barang yang dilupuskan hari ini melibatkan kes di bawah pelbagai akta yang dikuatkuasakan KPDNKK antaranya, Akta Perihal Dagangan 2011 dan akta-akta berkaitan pelabelan barang.

“Barangan rampasan berkenaan adalah hasil penguatkuasaan yang dilakukan di seluruh Selangor dengan kerjasama pemilik-pemilik hakcipta yang berdaftar untuk jenama tertentu,” katanya kepada pemberita di pusat pelupusan barangan eksibit KPDNKK di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, di sini.

Tambah Azman, kesemua barangan tersebut dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan dan dibenarkan Jabatan Alam Sekitar.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata setakat semalam, sebanyak 1,158 premis telah diperiksa pihaknya untuk penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Perayaan sempena sambutan Deepavali yang bermula Jumaat lepas hingga Ahad ini.

Katanya, daripada jumlah itu, 1,118 adalah premis runcit manakala 40 lagi merupakan premis borong, namun hanya dua aduan diterima iaitu membabitkan peniaga tidak mempamerkan tanda harga merah jambu untuk barangan yang disenarai di bawah skim tersebut.

“Kedua-dua peniaga itu telah diberi amaran dan setakat ini, kami amat berpuas hati kerana peniaga memberikan kerjasama yang baik dan mematuhi peruntukan ditetapkan di bawah skim terbabit.

“Pemantauan bagaimanapun akan terus dijalankan dari semasa ke semasa sepanjang skim berkenaan berlangsung dan penguatkuasaan juga dilakukan sepanjang tahun,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd