• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Rampas Tudung Tiruan Bernilai RM500,000

oleh AK-47
25/10/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas tudung dan selendang tiruan bernilai lebih RM500,000 dalam serbuan di premis di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam serbuan pada 2.10 petang itu, tudung dan selendang berkenaan diedarkan pengusaha premis terbabit secara pukal atau ‘kodi’ kepada pelanggan yang terdiri daripada peniaga di sekitar Lembah Klang.

Ketua Unit Operasi Operasi KPDNKK Putrajaya, Ridzuan Mat Isa berkata, serbuan dilakukan hasil aduan pemilik cap dagang yang memaklumkan terdapat aktiviti penjualan barangan tiruan menggunakan hasil karya tudung dikeluarkan syarikat terbabit.

Katanya, seramai 15 anggota dan pegawai melakukan pemeriksaan di premis yang dijadikan stor.

“Kami menyita tudung terbabit selain mengambil keterangan pemilik premis bagi membantu siasatan.

“Hasil maklumat pekerja di premis terbabit, tudung dicetak di kilang di luar negara dengan meniru corak dikeluarkan pemilik asal,” katanya.

Ridzuan berkata, siasatan juga mendapati pemilik premis menjual tudung berkenaan dengan harga RM10 sehelai berbanding RM14 harga sebenar tudung itu.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan dan semua tudung dan selendang berkenaan dibawa ke Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan yang diletakkan perihal dagangan palsu atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya. – Harian Metro

Tags: KPDNKKtudung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Bawal Exclusive Beri Amaran Pihak Ciplak Tudung

12/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive Sdn. Bhd. (Bawal Exclusive) memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada...

Tudung Merdeka Trend Raikan Sambutan Hari Kebangsaan

20/08/2019
0

SHAH ALAM - Trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan baharu terdapat di pasaran sempena Hari Kebangsaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd