• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Bakal Lancar Aplikasi Paparan Harga

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melancarkan satu aplikasi baharu yang membolehkan pengguna di seluruh negara mendapat maklumat mengenai kedai runcit dan restoran menjual barangan dengan harga berpatutan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Aplikasi Paparan Harga atau ‘Price Catcher’ itu, dijangka dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Nov depan.

“Setiap hari harga barangan dalam aplikasi itu akan berubah kerana kita mempunyai satu sistem (pemantauan harga) yang telah diguna pakai sebelum ini dan diberi penambahbaikan dengan bantuan maklumat daripada FOK (Friends of KPDNKK) kerana sebagai pengguna mereka lebih tahu tentang lokasi dan kedai menjual barangan dengan harga berpatutan.

“Menerusi aplikasi itu pengguna khasnya FOK juga berpeluang berinteraksi secara langsung menyalurkan sebarang maklumat tentang pelanggaran undang-undang berkaitan kepenggunaan kepada kementerian ataupun permasalahan kekurangan sesuatu barangan keperluan seperti minyak masak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan FOK peringkat Pahang di sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Temerloh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Hamzah berkata aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi ‘playstore’ di telefon bimbit masing-masing, dan ia kini dalam proses kemaskini pada peringkat akhir sebelum pelancarannya dilakukan awal bulan depan.

Pada masa yang sama, beliau berkata jumlah keanggotaan FOK setakat ini, mencecah 805,000 orang sejak ia dilancarkan Mei lalu.

“Pahang merupakan negeri ke-11 yang kita adakan pelancaran FOK dan kita menyasarkan menjelang hujung tahun ini, jumlah keanggotaan akan meningkat sehingga sejuta orang.

“Bagi setiap kawasan parlimen, kita akan melantik seorang pengerusi yang membentuk jawatankuasanya sendiri dan FOK ini akan membantu pegawai pemantau harga dengan menyalurkan apa sahaja informasi berkaitan termasuk kedai menjual barangan dengan harga rendah untuk dijadikan kedai harga patut dan dimasukkan dalam aplikasi.

“Perlu diingat, kementerian hanya mempunyai anggota penguatkuasa seramai 2,600 orang di seluruh negara tetapi diharap dengan lebih 800,000 bantuan ‘tentera’ FOK ini, peniaga yang melanggar undang-undang juga perlu lebih berhati-hati dan berhemah untuk mengelak mereka dikenakan tindakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd