• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsert Soundtrack Ippo Hafiz Demi Peminat

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUAT pertama kalinya dalam sejarah industri nyanyian konsert soundtrack pertama yang berskala besar akan diadakan.

Khabarnya, ini merupakan konsert yang akan mempersembahkan lagu-lagu runut yang dihasilkan sendiri oleh penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz.

Dia akan merealisasikan konsert ini menerusi Konsert Soundtrack Ippo Hafiz 2017 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 8.30 malam esok.

Menurutnya lagi, konsert ini adalah usaha kerjasama dengan pusat pengajian tinggi tersebut dan telah menelan belanja antara RM50,000 hingga RM100,000.

“Saya tahu ia kerja gila. Tanpa penaja utama, saya melaburkan wang sendiri. Namun buat masa ini, tujuan konsert berkenaan diadakan adalah demi peminat.

“Diakui, saya anjurkan konsert ini tanpa memikirkan soal untung. Asalkan dapat balik modal, saya rasa ia sudah lebih daripada mencukupi. Bab keuntungan, ia akan datang kemudian.

“Apa yang penting, saya mahu mendidik masyarakat menghargai pengkarya muzik dengan membeli tiket,” katanya dipetik BH Online.

Dengar-dengarnya mungkin konsert yang menampilkan 11 penyanyi ini akan tersenarai dalam Malaysia Book Of Records kerana menampilkan hanya lagu soundtrack di dalamnya.

Ippo juga nampaknya dalam proses untuk mendapatkan permohonan tersebut.

10 lagi penyanyi yang akan bergandingan memeriahkan konsert ini nanti ialah Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Tajul, Wani, Irfan Haris,Ronnie, Hussein, Syed Shamim, Deen Asimi, Fahd Ezuan dan Neon Band.

Malah, ia akan diserikan lagi dengan kemunculan istimewa aktres terkenal iaitu Mira Filzah yang juga pernah melakonkan drama Cinta Si Wedding Planner dan soundtracknya pula nyanyian Ippo sendiri.

“Secara keseluruhan, 17 lagu akan dipersembahkan. Saya yakin, lagu popular menerusi OST Suri Hati Mr Pilot, Teman Lelaki Upahan, HidayahMu dan Aku Pilih Kamu yang akan kami persembahkan nanti akan membuatkan peminat turut menyanyi bersama,” katanya.

Lebih menarik lagi, 1,000 pembeli tiket yang bertuah bakal mendapat CD Soundtrack Ippo Hafiz secara percuma. Malah, tiket yang dijual pun serendah RM30 sahaja.

Bukan itu sahaja, 100 penonton terawal turut berpeluang beramah mesra dengan kesebelas-sebelas artis yang bergandingan menjayakan konsert ini. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: Ippo HafizKonsert Soundtrack Ippo Hafiz 2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Karier Nyanyian Ippo Hafiz Dapat Sokongan Keluarga

18/05/2016
0

IPPO Hafiz penyanyi yang sedang meningkat naik menerusi lagu-lagu runut bunyi drama-drama bersiri antaranya Cinta Si Wedding Planner yang pernah bersiaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd