• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM365j Untuk Bina Kompleks Endokrin Pertama

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM365 juta untuk membina Kompleks Endokrin Hospital bagi menampung bilangan pesakit endokrin yang semakin meningkati, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata projek kompleks endokrin pertama di Malaysia itu yang sudah dimulakan pada awal tahun ini, bakal menyediakan perkhidmatan perubatan dan pembedahan selain menjadi pusat penyelidikan, pusat latihan dan pusat rujukan kepada pesakit endokrin apabila siap pada 2020.

Bangunan 10 tingkat itu akan dilengkapi dengan 220 buah katil pesakit, klinik-klinik pakar, bilik latihan pembedahan asas, bilik simulasi, pusat kecergasan pemulihan fizikal, kolam hidoterapi dan makmal tidur serta menjadi institut bagi melatih dan menghasilkan lebih ramai pakar endokrinologi sama ada dalam bidang perubatan dan pembedahan, katanya.

“Terdapat ramai orang yang menghidap penyakit endokrin, dan yang paling utama ialah 3.5 juta penduduk dewasa antara umur 18 hingga 40 tahun di Malaysia yang menghidap diabetes, di mana lapan peratus tidak mengetahui bahawa mereka menghidapi penyakit (diabetes) itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek tambahan blok baharu Hospital Putrajaya yang menempatkan kompleks endokrin itu.

Penyakit endokrin berlaku apabila kelenjar menghasilkan terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon endokrin sehingga menyebabkan ketidakseimbangan hormon serta mempengaruhi fungsi metabolisme tubuh dan organ-organ lain secara keseluruhan.

“Penyakit kedua yang paling banyak ialah tiroid iaitu satu hingga dua peratus dalam kalangan penduduk dewasa yang mengalami penyakit endokrin,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya, Dr Subramaniam memaklumkan kerajaan membelanjakan RM25 bilion untuk meningkatkan tahap kesihatan pada tahun lalu dan hanya mengutip RM600 juta menerusi bayaran pesakit luar, pakar dan keperluan membeli bekalan perubatan tertentu oleh pesakit.

Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam berkata perisian yang dibeli dan digunakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengesan kes demam denggi merupakan teknologi yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Kementerian Kesihatan, yang disahkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Kerajaan Pulau Pinang menggunakan sebagai percubaan dan perisian itu merupakan produk IMR yang telah dikemas kini.

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi sedang menjalankan penyelidikan bagaimana perisian itu boleh digunakan di negeri-negeri lain dalam membanteras demam denggi.

“Ini adalah produk kebanggaan kita, bukan kerajaan Pulau Pinang,” katanya mengulas laporan kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan mempunyai pendekatan baharu mengesan kes demam denggi melalui pembelian perisian daripada PBB. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamKompleks Endokrin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mudah.my Tumpu Tingkat Pengalaman Pengguna

Next Post

Ancaman Keganasan Tuntut Komitmen Kolektif

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

Next Post

Ancaman Keganasan Tuntut Komitmen Kolektif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd