• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belanja RM1.6 Bilion Setahun Kos Rawatan Buah Pinggang

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.6 bilion setahun bagi kos rawatan 40,000 pesakit buah pinggang di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata jumlah itu merupakan antara yang tertinggi berbanding penyakit lain.

Katanya sebanyak 3.6 juta rakyat didiagnos berpenyakit kencing manis yang boleh menjurus kepada kegagalan fungsi buah pinggang dan jika tidak dibendung, ia akan menyumbang kepada pertambahan sehingga 7,000 pesakit buah pinggang pada tahun akan datang.

“Tiap-tiap tahun, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan pertambahan 6,000 ke 7,000 kes pesakit buah pinggang baharu dan kita melihat ia sebagai satu trend yang meningkat.

Kos rawatan termasuk 156 kali untuk dialisis dan ubat bagi seorang pesakit buah pinggang adalah sekitar RM40,000 setahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Seminar dan Pameran Hari Penjagaan Kesihatan Perkhidmatan Makanan 2017 di sini hari ini.

Dr Hilmi berkata jumlah kematian yang direkodkan di hospital kerajaan kebanyakannya berpunca daripada penyakit tidak berjangkit.

Beliau berkata KKM kini memberi lebih fokus kepada langkah mencegah daripada mengubati yang mana pelbagai saringan kesihatan untuk rakyat dijalankan di seluruh negara bagi mengesan penyakit tidak berjangkit daripada peringkat awal.

Menurutnya, menerusi Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) yang dimulakan sejak empat tahun lepas, lebih 500,000 individu telah menjalani saringan awal.

“Rakyat turut digalakkan supaya menjalankan saringan awal bagi mengesan sebarang penyakit jika ada bagi mengelak tanggungan kos rawatan yang tinggi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rawatan Buah Pinggang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Projek Terusan KRA Tak Jejas Malaysia Masa Terdekat

Next Post

Bisnes Perlu Sumber Terbuka Transformasi Digital Maju

Related Posts

No Content Available
Next Post

Bisnes Perlu Sumber Terbuka Transformasi Digital Maju

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd