• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KJ Yakin Sentuhan Magis TMJ Pulihkan Bola Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan menyeru peminat bola sepak tanah air supaya berfikiran positif dan memberi masa kepada kepimpinan baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diterajui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut berharap FAM supaya terus mara dan tidak mempedulikan suara-suara negatif yang dilemparkan keatas FAM ketika ini.

“Kita mempunyai barisan kepimpinan FAM yang berwibawa dan diterajui oleh Tunku Ismail yang mempunyai rekod yang cemerlang selaku pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT). Kepimpinan FAM baru sahaja dipilih pada 25 Mac lalu.

“Saya harap kita semua memberi masa kepada beliau membina kejayaan bola sepak negara. Saya yakin sentuhan magis beliau yang meletakkan JDT di puncak bola sepak rantau Asia Tenggara dapat juga diberikan kepada bola sepak negara. Syaratnya, kita mesti positif dan memberi sokongan kepada FAM untuk buat apa sahaja yang perlu dibuat, mengubah apa sahaja yang perlu diubah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khairy Jamaluddin dalam pada itu menyatakan rasa sedih beliau melihat polemik bola sepak negara yang menyerang individu tertentu tanpa usul periksa berhubung prestasi semasa skuad bola sepak negara.

Kata beliau, golongan tersebut memberi tumpuan kepada ayat-ayat gurauan dan bukan kepada intipati sebenar yang serius, yang suka ejek-mengejek dan mencaci-maki.

“Mentaliti tersebut tidak ada pada negara-negara yang berjaya. Apa yang ada pada mereka adalah `positive mindset’ dan `winning mentality’,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata memahami pelbagai pendapat dan pandangan yang dilemparkan oleh peminat bola sepak tanah air berhubung bola sepak Malaysia dan membuat rumusan seperti berikut:

1) Bola sepak tanah air hanya akan maju apabila wujud pembangunan menyeluruh. Usaha ini sudahpun bermula dengan beberapa perubahan yang digagaskan oleh kepimpinan FAM yang baharu. Antara kejayaan cepat atau ‘quick wins’ yang telah diperolehi adalah kelayakan Pasukan Negara B22 ke pusingan akhir Piala Asia B23, kejayaan Pasukan yang sama merangkul pingat perak di Sukan SEA 2017 dan Pasukan Negara B19 muncul naib juara di kejohanan AFF B19.

2) Generasi baharu sedang dilatih melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dengan DNA permainan yang lebih menarik dan berkesan. Setakat hari ini, NFDP telah melatih 22,575 pemain antara umur 7-17 di bawah 1,025 jurulatih di 126 akademi seluruh negara. NFDP mendapat sokongan padu dari FAM.

3) Walaupun kedudukan pasukan negara jatuh pada ranking FIFA yang terkini, kita perlu melihat kepada jangka sederhana dan panjang dengan kesabaran. Perubahan dan peningkatan tidak datang dengan sekelip mata. Saya sedar kita sudah lama sabar dan menantikan sesuatu, tetapi ingat, kepimpinan FAM baru sahaja dipilih pada 25 Mac lalu.

4) Akhir sekali, kita semua mesti ada mentaliti yang positif. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Khairy JamaluddinTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd