• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Masih Perlukan Khidmat Muhammad Syafiq

oleh AK-47
19/10/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berharap penyerang prolifik muda Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad tidak mudah gelap mata dengan sebarang bentuk tawaran atau janji pasukan tertentu sehingga membuat keputusan terburu-buru, termasuk berhijrah ke pasukan lain.

Naib Presiden KFA Datuk Badrol Hisham Hashi, sebaliknya berkata pemain yang beraksi dalam skuad bawah 22 tahun negara itu, perlu mempertimbangkan beberapa aspek, termasuk memikirkan pasukan yang telah menaikkan namanya sehingga ke tahap sekarang.

“KFA tidak pernah menghalang mana-mana pemain untuk meninggalkan kita sekiranya mendapat tawaran kerana ia hak masing-masing.

“Kedah juga salah sebuah pasukan disegani…kalau dia berhijrah, belum tentu lagi pasukan itu akan mencapai keputusan yang baik…fikirlah semangat dan jati diri untuk membantu pasukan Kedah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kampung Kubu dekat sini hari ini.

Baru-baru ini, pemain berusia 22 tahun itu menyatakan dia sanggup berhijrah ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sekiranya diberi tawaran, selain menyebut bahawa adalah tidak salah untuk dia mengadakan rundingan dengan mana-mana pasukan memandangkan kontraknya akan berakhir tidak lama lagi.

Badrol berkata Kedah sebenarnya amat memerlukan khidmat Muhammad Syafiq memandangkan pemain berkenaan dilihat mempunyai potensi dan masa depan yang cerah bersama pasukan berkenaan.

“Beliau anak didik kita (KFA), kita sayang dia..Memang kita menaruh harapan yang tinggi untuk dia masih bersama kita, lagipun pasukan kita sekarang tengah berada di prestasi terbaik,” katanya.

Ketika ditanya berhubung isu gaji yang menyebabkan Muhammad Syafiq mungkin ‘makan hati’, beliau berkata KFA merupakan sebuah pasukan yang berbelanja mengikut kemampuan.

“Gaji ditawarkan KFA tidaklah serendah mana berbanding pasukan lain..masih munasabah..depa (pemain) kena ingat jangan teruja dengan janji,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Badrol Hisham HashiKFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Didakwa Hantar Komen Jelik Terhadap Polis

Next Post

SAR Remaja Hanyut Diperluas Ke Daerah Tenom

Related Posts

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Lapor SPRM Jika Wujud Penyelewengan Kewangan Dalam KFA

08/10/2018
0

ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati wujudnya penyelewengan...

Next Post

SAR Remaja Hanyut Diperluas Ke Daerah Tenom

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd