• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keselamatan Sekolah Pondok: Terengganu Sedia Bantu

oleh AK-47
05/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Kerajaan Terengganu sedia memberi bantuan dan peruntukan kepada mana-mana sekolah pondok yang diragui tahap keselamatannya oleh Bomba.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata kerajaan akan memberi tumpuan terhadap sekolah pondok persendirian, yang kebanyakannya tidak mempunyai kelulusan daripada pihak bomba.

“Kita tidak risau sangat pemilik pondok atau sekolah kerajaan kerana ia mematuhi peraturan yang bomba tetapkan. Tetapi sekolah pondok persendirian yang masih belum mempunyai kelulusan, kita akan memberi tumpuan… supaya penghuni selamat mendiami bangunan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup seminar keselamatan kebakaran pusat tahfiz, sekolah pondok dan sekolah agama rakyat peringkat negeri Terenggaanu, di Akedemi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Bomba dan Penyelamat Terengganu Azlimin Mat Noor Mohd Jidin berkata setakat ini bomba telah membuat pemeriksan terhadap 97 buah pondok dan 19 buah pusat tahfiz di seluruh negeri itu yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Beliau berkata masih terhadap kira-kira 15 buah sekolah pondok atau tahfiz lagi yang belum diperiksa oleh bomba dan ia akan dilakukan sebelum akhir tahun ini.

Sementara itu semasa berucap pada majlis berkenaan, Azlimin berkata seminar keselamatan kebakaran itu diadakan bagi memberi pendedahan tentang bahaya yang perlu dihindari apabila berlaku kebakaran sepertimana kejadian yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada 14 Sept lepas.

Seramai 500 pelajar dan mudir sekolah pondok dan tahfiz menghadiri seminar sehari itu bagi memberi pendedahan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini di tempat pengajian mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Jidin ShafeeSekolah Pondok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM21 Juta Bantu Pusat Tahfiz, Sekolah Agama, Pondok

02/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Dana bantuan secara one-off bernilai RM21 juta akan diberikan kepada pusat tahfiz swasta, sekolah pondok, sekolah agama...

Keselamatan Sekolah Pondok, Maahad Bertambah Baik

31/03/2018
0

GURUN - Tahap keselamatan di semua sekolah-sekolah pondok dan maahad-maahad tahfiz berdaftar, di seluruh negara, dilaporkan semakin bertambah baik. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd