• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Akan Tutup Sekolah Kurang Murid

oleh Ahmad Albab
24/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menutup Sekolah Kurang Murid (SKM) walaupun terpaksa membelanjakan RM2 bilion setahun untuk mengendalikan operasi 2,996 SKM yang terdapat di negara ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata berdasarkan analisis, kos pengoperasian SKM yang mempunyai murid 150 dan ke bawah adalah tinggi iaitu RM67,130.65 per murid setahun berbanding hanya RM5,321.84 per murid setahun untuk sekolah biasa.

Beliau berkata pihak kementerian masih perlu menghantar minimum tujuh hingga 11 guru ke SKM selain menampung kos-kos lain seperti tender pembersihan sekolah.

“Pada pandangan kementerian walaupun memerlukan jumlah kewangan besar, dasar kementerian adalah jelas iaitu SKM tidak akan ditutup sehinggalah atas persetujuan ibu bapa dan masyarakat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang meminta kementerian menyatakan langkah jangka panjang dan pendek dalam pengurusan sekolah kurang murid di seluruh negara sekali gus mampu mengurangkan dan mengelakkan pembaziran perbelanjaan kerajaan.

Bagaimanapun, Mahdzir berkata kementeriannya sedang melaksanakan Pelan Halatuju SKM iaitu Penggredan Semula SKM, Kelas Bercantum (enrolmen kurang 30 murid), Penempatan Guru Pemulihan dan Pelaksanaan Norma Guru Kelas Bercantum.

Bagi strategi jangka panjang, beliau berkata penggabungan sekolah dalam radius lima kilometer (sama aliran) akan dilakukan terutama jika kawasan tersebut mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) lebih daripada dua atau tiga buah.

“Pelan Halatuju SKM ini berdasarkan kriteria utama penggabungan iaitu sekolah sama aliran dan tidak menimbulkan implikasi penambahan bilik darjah atau perjawatan,” katanya.

Berdasarkan data sehingga 31 Mac tahun lalu, terdapat 2,058 buah sekolah kebangsaan (SK), 578 buah SJKC dan 360 buah SJKT yang tergolong dalam kategori SKM iaitu mempunyai enrolmen 150 murid ke bawah. – BERNAMA

Tags: KerajaanSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

Bayaran Ansuran Pakaian Seragam Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

08/08/2026
0

NIBONG TEBAL - Kerajaan mengambil langkah bijak dan pendekatan di luar kotak bagi mengurangkan beban golongan ibu bapa dengan menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd