• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Muktamad Pendekatan Pelan Fiber

oleh Ahmad Albab
19/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan telah memuktamadkan pendekatan untuk melaksanakan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP) yang dibangunkan bagi memperluas penyediaan dan keupayaan perkhidmatan jalur lebar, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini.

Beliau berkata NFP akan dilaksanakan melalui perkongsian awam swasta yang berpotensi.
Katanya bukti konsep akan dilaksanakan tidak lama lagi di beberapa lokasi di Malaysia melibatkan bandar, pinggir bandar dan zon terpencil.

“Kita kini hidup dalam masa yang menarik dan ekonomi digital memerlukan kita untuk berfikir di luar zon selesa.

“Kita telah melibatkan beberapa pihak seperti Tenaga Nasional Bhd dan penggiat infra utama untuk memanfaatkan rangkaian fiber mereka sedia ada bagi membolehkan akses yang lebih luas dan pantas kepada jalur lebar berkelajuan tinggi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Salleh berkata NFP ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet tahun ini, untuk menggandakan kelajuan jalur lebar pada harga lebih rendah menjelang 2019.

“Dengan NFP, kerajaan menjangkakan rakyat akan terus mendapat faedah daripada jalur lebar yang lebih berkualiti pada harga kompetitif dan membolehkan mereka memanfaatkan peluang-peluang yang diberikan oleh ekonomi digital,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd