• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Lulus Pembangunan 10 SJKC Baharu

oleh AK-47
26/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan meluluskan permohonan pembangunan 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baharu bagi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina di negara ini.

Semasa mengumumkan demikian, menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pembangunan SJKC, masing-masing lima di Johor dan Selangor, akan dilaksanakan di kawasan yang pesat membangun serta mempunyai penduduk kaum Cina yang ramai.

Beliau berkata sekolah baharu berkenaan ialah SJKC Kuek Ho Yao, Mount Austin, Tebrau; SJKC Sim Mow Yu, Plentong; SJKC Tun H S Lee, Tebrau dan SJKC Tan Kah Kee, Nusajaya masing-masing di Johor, manakala pembinaan di Selangor melibatkan SJKC Lee Loy Seng, Ijok; SJKC Sunsuria, Dengkil; SJKC Tun Ong Yoke Lin, Kuala Langat; SJKC Too Joon Hing, Dengkil dan SJKC Tun Lim Chong Eu di Puncak Alam.

Beliau berkata selain kebolehupayaan ekonomi dan kewangan negara, kelulusan pembangunan itu diputuskan kerajaan selepas mengambil kira pandangan MCA dan Gerakan, iaitu rakan komponen Barisan Nasional (BN) dalam jemaah menteri, yang sering mengutarakan permohonan tersebut.

“Sebagai tanda keprihatinan yang tinggi, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju memberi kelulusan tersebut selaras dengan keperluan sosial serta akses kepada pendidikan yang lebih luas kepada golongan sasar,” katanya semasa berucap di sini, hari ini.

Beliau berkata ia sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak memberi tumpuan atau membantu dalam hal berkaitan pendidikan sekolah selain sekolah kebangsaan khususnya SJKC.

Turut hadir Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai,Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ketua Pemuda MCA Datuk Chong Sin Woon.

Selain pembinaan sekolah baharu itu, Mahdzir turut mengumumkan pemindahan lokasi enam SJKC iaitu SJKC Poay Chai, Singkir, Kedah yang dipindahkan ke Taman Bukit Indah, Johor dan SJKC Poi Min, Gopeng, Perak ke SJKC Poi Min, Puchong Selangor.

Turut dipindahkan ialah SJKC Aik Hua Taiping, Perak ke SJKC Aik Hua, Kota Seriemas Negeri Sembilan dan SJKC Ladang Regent Gemencheh, Negeri Sembilan ke SJKC Ladang Regent, Bandar Elmina Selangor di mana Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) akan memgemukakan nama baharu bagi menggambarkan lokaliti sebenar selepas sekolah dipindahkan ke tapak baharu.

Beliau berkata pemindahan itu disebabkan beberapa faktor termasuk sekolah mempunyai enrolmen yang semakin berkurangan disebabkan migrasi penduduk, sekolah tidak selamat diduduki, pengambilan tanah oleh pemilik serta sekolah yang padat.

Mahdzir berkata ketika ini, terdapat 1,298 SJKC di seluruh negara dengan 883 daripadanya berstatus sekolah bantuan kerajaan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 454 adalah sekolah kurang murid (SKM) yang mempunyai enrolmen 150 murid atau kurang,” katanya.

Sementara itu, Liow yang mewakili MCA dan masyarakat Cina mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri yang sentiasa prihatin dan mendengar permintaan parti komponen bagi penambahan SJKC terutama di kawasan industri atau perdagangan serta penduduk berkepadatan tinggi.

Beliau berkata permohonan tersebut telah disuarakannya sejak tahun lepas dan perkara itu sering diulangi perdana menteri dalam setiap perhimpunan besar bersama masyarakat Cina.

“Kelulusan yang diumumkannya hari ini merupakan menifestasi keperihatinan kerajaan kepada pendidikan masyarakat Cina,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd