• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Beku Akaun Keluarga Diraja Qatar

oleh AK-47
15/10/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Anggota keluarga diraja kontroversi Qatar berkata pihak berkuasa negara itu membekukan akaun banknya berhubung peranan beliau dalam krisis Doha dengan negara jirannya.

“Kerajaan Qatar membekukan semua akaun bank saya,” kata Sheikh Abdullah bin Ali Al-Thani dalam Twitter.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan Qatar, pada 5 Jun lalu berhubung dakwaan ia menyokong keganasan, tuduhan yang disangkal Doha.

Ogos lalu, Sheikh Abdullah bertemu Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman untuk menjadi orang tengah merundingkan pembukaan semula sempadan darat bagi membolehkan jemaah Qatar menunaikan Haji.

Ia adalah pertemuan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara sejak krisis diplomatik berlaku.

Doha segera memaklumkan Sheikh Abdullah berada di Arab Saudi bagi misi ‘peribadi’, bukan mewakili kerajaan.

Sheikh Abdullah ialah anggota keluarga diraja Al-Thani yang menyaksikan pengaruhnya semakin merosot tetapi masih ada hubungan baik.

“Saya berharap supaya Qatar kembali kepada saudaranya di Teluk kerana tiada pihak lagi yang boleh diharap,” katanya semalam menerusi Twitter.

Media Teluk melaporkan spekulasi berhubung kemungkinan pembentukan kerajaan Qatar dalam buangan diketuai Sheikh Abdullah. – AFP

Tags: KERABAT DIRAJAkrisis QatarQATAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Malaysia, Qatar Sepakat Sokong Isu Palestin, Selaras Pendirian Di Pentas Antarabangsa

Parlimen Malaysia, Qatar Sepakat Sokong Isu Palestin, Selaras Pendirian Di Pentas Antarabangsa

29/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Parlimen Malaysia dan Qatar sepakat untuk terus menyokong isu Palestin, menyelaraskan pendirian bersama, serta memperkukuh kerjasama di...

‘Malaysia Sedia Terima Lebih Ramai Pelajar, Penyelidik, Pensyarah Dari Qatar’

‘Malaysia Sedia Terima Lebih Ramai Pelajar, Penyelidik, Pensyarah Dari Qatar’

19/05/2023
1

KUALA LUMPUR : Tajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari negara berhadapan konflik antara isu dibincangkan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd