• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Rayuan Ronasutra Diketahui 29 Januari

oleh AK-47
10/10/2017
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 29 Jan tahun depan untuk keputusan rayuan syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra yang diperintah membayar baki bayaran kontrak sebanyak RM265,000 kepada duta produk Ronasutra yang juga pelakon Vanidah Imran.

Peguam Aizul Rohan Anuar, mewakili Vanidah memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika pengurusan kes berkenaan hari ini yang turut dihadiri peguam Phang Soon Mun, mewakili Miliyasutra Industries Sdn Bhd.

Aizul Rohan berkata rayuan berhubung tuntutan balas yang dikemukakan syarikat itu juga akan diketahui pada tarikh sama (29 Jan).

Syarikat itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Mei lepas yang membenarkan tuntutan baki bayaran kontrak RM265,000 yang dipohon Vanidah yang turut dikenali sebagai Vee dalam saman terhadap Miliyasutra Industries Sdn Bhd berhubung pelanggaran kontrak.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Vanidah selaku plaintif bagi gantirugi sebanyak RM500,000 untuk penggunaan imejnya secara salah serta menolak tuntutan bagi gantirugi am, teladan dan teruk.

Vanidah memfailkan saman terhadap Miliyasutra pada 28 Okt 2016, antara lainnya menuntut ganti rugi sebanyak RM765,000 atas dakwaan syarikat itu telah melanggar kontrak dan menggunakan imejnya secara salah.

Menurut pernyataan tuntutan, Vanidah mendakwa beliau telah menandatangani kontrak bernilai RM490,000 dengan Miliyasutra sekitar September 2012 bagi tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh itu, pelakon utama filem ‘The Red Kebaya’ itu telah melunaskan tanggungjawabnya tanpa sebarang aduan daripada syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, Vanidah mendakwa sehingga kontrak tersebut tamat pada September 2014, baki bayaran kontrak sebanyak RM265,000 masih belum diterima dan pada 6 April 2015, defendan mencadangkan bayaran sebanyak RM60,500 kepada pelakon itu sebagai penyelesaian penuh.

Pelakon itu mendakwa sekitar Julai 2016, beliau mendapati imejnya telah disalah guna oleh defendan dalam penjualan beberapa barang kosmetik jenama Ronasutra sedangkan pada ketika itu, kontraknya telah luput dan penggunaan gambarnya masih berlanjutan sehingga sekarang.

Oleh itu, Vanidah menuntut baki kontrak sebanyak RM265,000 dan RM500,000 sebagai ganti rugi bagi penggunaan imejnya tanpa kebenaran selain ganti rugi am, teladan dan teruk serta lain-lain kos dan relif yang sesuai. – BERNAMA

Tags: Kosmetik Ronasutra
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd