• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Sengaja Wujudkan Perbalahan Agama

oleh Ahmad Albab
08/10/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan kenyataan-kenyataan yang dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sengaja mewujudkan perbalahan agama di negara ini.

Beliau berkata Setiausaha Agung DAP itu cuba memainkan sentimen agama melalui kenyataan tidak betul dan menuding jari kepada UMNO tetapi tindakan itu memakan dirinya.

“Dia hanya mencerminkan dirinya sendiri sebagai individu yang gemar menimbulkan provokasi dek kerana benci dan marah beliau kepada UMNO, beliau keluarkan kenyataan sebegitu…orang hanya akan memomokkan (menentang) beliau,” kata Zambry yang juga Menteri Besar Perak.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan Deepavali Parlimen Lumut di Dewan Sekolah Tamil Wawasan Pundut di sini, hari ini.

Beliau mengulas catatan Lim dalam laman Twitter hari ini bahawa “Kuncu-kuncu UMNO/PAS fitnah DAP komunis tapi bukan DAP, UMNOlah yang ucap dalam Parti Komunis Cina. Siapa pengkhianat anti agama sekarang?”

Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor berkata rakyat boleh menilai dan mengetahui bahawa UMNO sama sekali tidak pernah bersifat antiagama seperti yang didakwa Lim.

Sementara itu, beliau berkata seramai 1,500 masyarakat kurang berkemampuan dan golongan miskin sekitar Parlimen Lumut menerima sumbangan sempena Deepavali.

Sumbangan tahunan itu merupakan program berterusan bagi membantu menceriakan perayaan Deepavali selain tanda prihatin kerajaan negeri terhadap masyarakat India di Parlimen Lumut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd KadirLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

Dakwa Kos LRT3 Terpaksa Dikurangkan Kerana Negara Banyak Hutang ‘Tersembunyi’, 1MDB

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bekas penasihatnya, Tony Pua mendakwa projek LRT3 tidak pernah dihentikan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd