• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kena ‘Tackle’ Anak Dulu Kalau Mahu Kahwin DSV!

oleh
25/10/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK sah bercerai pada April lalu, pengasas kosmetik Vida Beauty iaitu Dato’ Seri Vida (DSV) seperti tidak mahu menoleh belakang lagi dan positif untuk memulakan semula ‘pencarian’ lelaki yang boleh digelar suami.

Mengakui dirinya menjadi ‘buruan’ ramai jejaka selepas kembali solo, kebelakangan ini gosip panas antara DSV dengan pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli, semakin kerap diperkatakan.

Baca: Pemuda Aswara ‘Boyfriend’ Baru Datuk Seri Vida?

Juga: Cik B Beri ‘Amaran’ Pada ‘Boyfriend’ Baru DSV

Lagi: DSV Tak Tolak Andai Temu Jodoh Lelaki Sesuai

Bagaimanapun, Vida berkata hatinya masih belum terbuka untuk menerima cinta daripada mana-mana individu dalam masa terdekat ini.

“Ya, memang ada yang luah isi hati terhadap saya. Orang itu boleh dikatakan dekat dengan diri saya. Tapi bagi saya ia perkara biasa kerana ramai yang pernah curah perasaan cinta terhadap saya.

“Tidak dinafikan saya mahukan seorang lelaki yang boleh menjaga dan memberikan kasih sayang kepada saya dan juga anak-anak.

“Namun buat masa ini belum jumpa lagi yang betul-betul istimewa,” katanya memetik mStar Online.

Menurut jutawan ini lagi, keutamaan akan diberikan kepada sesiapa yang mampu memenangi hati dua cahaya mata kesayangannya iaitu, Edlynn Zamileen Muhammad Amin (Cik B) dan Muhammad Eric Zacquan (Kacak).

“Cik B dan Kacak perlu diberi perhatian. Mereka masih lagi trauma dengan kisah kahwin cerai saya. Ia amat memberi tekanan emosi kepada mereka.

“Mereka mengharapkan kasih sayang seorang bapa tapi apabila mereka dah mula suka dan sayang, perkahwinan ini berakhir dengan perceraian,” ujarnya.

Jelas Vida lagi, apabila sesuatu perkara itu menyentuh perihal jodoh, beliau juga perlu mengambil kira perasaan ahli keluarganya yang lain.

“Saya kena jaga juga hati dan perasaan Mak Jah (kakak) kerana dia pun tahu keperitan yang saya lalui sebelum ini.

“Dia yang saya anggap seperti ibu sendiri turut bimbang andai ada individu yang cuba mendampingi saya sekadar mahukan kemewahan semata-mata,” jelasnya.

Ketika ditanya persoalan mengenai hubungan dengan Iqbal, wanita berusia 46 tahun ini menafikan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemuda berusia 23 tahun tersebut.

Sebaliknya mengakui hanya lebih selesa dan mudah serasi bekerja dengan jejaka berwajah kacak itu.

“Dia sudah tahu kerja yang perlu dibuat. Saya tak perlu beri arahan. Dia tahu apa yang saya nak,” katanya.

Kaitan: Ibu Restu, Andai Jodoh Ahmad Iqbal Bersama DSV

Sementara itu, Vida berkata andai takdir menemukan beliau berjodoh dengan lelaki yang lebih muda, beliau akur akan ketentuan Allah itu.

“Saya tak kisah andai jodoh itu yang terbaik untuk saya dan juga anak-anak. Paling penting anak-anak saya bersetuju dengan pilihan tersebut,” katanya.

Haaa…Sesiapa yang pasang niat nak menambat hati Vida, kena lah pandai pikat Cik B dengan Kacak dulu ya… – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: dato vidaDatuk Seri VidaDSV
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Setahun Berkabung, Pembakaran Mayat Bermula

Next Post

Kelantan Disiasat SPRM Berhubung Pasar Siti Hajar

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

Next Post

Kelantan Disiasat SPRM Berhubung Pasar Siti Hajar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd