• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Siasat Jika Ada Pelanggaran SOP

oleh AK-47
12/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya akan menyiasat sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kejadian letupan di tapak pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Bandar Malaysia baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemeriksaan itu akan dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada polis yang masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

“Kita perlu tunggu siasatan penuh sebelum Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan masuk ke tapak untuk lihat apa yang berlaku.

“Kita mempunyai pelbagai teknologi untuk mengimbas dan mengesan keadaan bawah tanah bagi mengurangkan kerosakan pada kabel atau paip yang berada di bawah, ini SOP yang biasa dilakukan jika melibatkan kerja bawah tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) di sini, hari ini.

Dalam kejadian petang Selasa itu, seorang pekerja warga Bangladesh maut dan dua cedera.

Polis mengesahkan letupan di tapak pembinaan MRT itu berpunca daripada bom lama yang ditinggalkan ketika zaman Perang Dunia Kedua.
Fadillah menjelaskan kejadian seperti itu sukar dijangka kerana pelan lukisan keadaan bawah tanah sedia ada mungkin tidak sama dengan keadaan sebenar di bawah tanah.

“Kebiasaannya pihak pemaju akan mendapatkan pelan lukisan bawah tanah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum memulakan pembinaan, tetapi apabila mereka berada di tapak pembinaan ia berbeza,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Fadillah Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran Teknologi

21/04/2018
0

KUCHING - Para pelajar perlu menguasai teknologi terkini untuk menghadapi persaingan sengit yang muncul dalam bentuk Revolusi Industri 4.0 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd