Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Raja Perlis Titah Nama...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan nama Perlis tidak...

‘Kastam’ Maut Ditembak Ketika...

TASEK GELUGOR - Seorang lelaki maut manakala rakannya parah apabila ditembak ketika berada...

UMNO Pasir Salak Belum...

PASIR SALAK – UMNO Pasir Salak belum membuat keputusan sama ada mengekalkan muka...

Penerima Vaksin Masih Berisiko...

KUALA LUMPUR - Pakar kesihatan awam memohon kerajaan meneliti semula cadangan membenarkan penerima...

Kemalangan: Kes Pemandu Treler Disebut 13 Nov

JEMPOL – Mahkamah Majistret Bahau hari ini menetapkan 13 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pemandu treler yang mengakibatkan lapan maut dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Bahau-Keratong, 11 Jun lalu.

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali menetapkan tarikh berkenaan berikutan permohonan menangguhkan prosiding oleh peguam tertuduh, D. Anuratha.

Tertuduh, Norzailan Omar, 44, dari Triang, Pahang, tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi, ditemani seorang rakannya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu secara berbahaya tanpa mengambil perhatian mengenai segala aspek termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan serta lalu lintas hingga berlaku kemalangan yang mengorbankan pemandu dan penumpang Proton Exora serta Perodua Myvi dalam kejadian pada 2.20 petang 11 Jun lepas.

Norzailan didakwa menyebabkan kematian Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52; Masnoraida M.Yussof, 44; Wan Mohd Muhaimin Wan Mohd Fauzi, 21; Wan Nur Athira Wan Mohd Fauzi, 18; Wan Muhammad Ammar Haziq Wan Mohd Fauzi, 13; Wan Nur Aleesya Wan Mohd Fauzi, 7; Osman Mohamed Taip, 31; dan Rosniza Othman, 32.


Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Salwati Abdullah.

Pada 15 Jun lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu atas pertuduhan tersebut. – BERNAMA

Kategori