Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Rampas 6...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas enam jalur bubu udang...

VIDEO: Atlet Filipina Salah...

Persaingan sukan terbesar di Asia Tenggara iaitu Sukan SEA 2015 terus mencuri tumpuan...

Lelaki Ganggu Orang Di...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan selepas disyaki menggangu orang...

Hampa Meskipun Pecahkan 9...

SEORANG lelaki yang beria-ria mahu memenangi wang sebanyak £1,000, hampa apabila dia balik...

Kem Tentera Milik Turki Dirasmikan Di Somalia

MOGADISHU – Turki pada Sabtu merasmikan pangkalan tentera berharga US$50 juta terletak di Mogadishu, Somalia sekali gus menjadikan ia sebagai kem latihan tentera terbesar milik negara itu di luar negara.

Majlis perasmiannya disempurnakan Perdana Menteri Somalia, Hassan Ali Khyare bersama Ketua Angkatan Tentera Turki, Jeneral Hulusi Akar.

Pada tahun lepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, membuka kedutaan baharu negara itu juga di Mogadishu sekaligus menyaksikan Turki sebagai sekutu utama Somalia.

Hubungan antara Turki dan Somalia bermula sejak Empayar Uthmaniyyah, ketika itu Somalia mempunyai hubungan baik dengan Sultan Selim, semasa pemerintahannya pada tahun 1517.

Rantau Afrika dilihat sebagai lokasi strategik untuk menempatkan pangkalan tentera oleh kuasa asing, negeri Djibouti misalnya menjadi tuan rumah untuk pangkalan tentera China, Perancis dan Jepun.

Lebih 10,000 tentera Somalia bakal menjalani latihan yang diseliakan oleh pegawai tentera Turki, kata seorang pegawai kanan Turki.

Pada majlis perasmian itu, Perdana Menteri Somalia, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Turki kerana dengan adanya kem tentera berkenaan, ia akan membantu kerajaannya “membina semula” pasukan tentera Somalia.


Kem berkenaan turut dilengkapi kemudahan sukan seperti trek olahraga dan boleh menempatkan 1,000 anggota tentera pada satu-satu masa.

Sementara, Menteri Penerangan Somalia Abdirahman Omar Osman berkata, negaranya menyambut baik pelaburan Turki untuk menyokong pembangunan dalam aspek keselamatan.

“Kami sangat gembira kerana Turki menyediakan kemudahan moden untuk pasukan keselamatan kami. Pangkalan tentera itu djangka dapat bertahan untuk tempoh 50 hingga ke 100 tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

Kategori