• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelab Free Read Sandakan Galak Budaya Membaca

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Sekumpulan anak muda mengambil insiatif menubuhkan kelab ‘Free Read’ bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Menerusi kelab berkenaan, mereka mengadakan aktiviti Perpustakaan Bergerak di kawasan kaki lima sekitar Bandar Sandakan khususnya di Harbour Square.

Salah seorang anggota kelab itu, Norleha Mohd Taufik, 20, berkata menerusi konsep itu, sesiapa sahaja boleh duduk bersama mereka meluangkan masa membaca koleksi bahan bacaan seperti novel dan majalah yang mereka pamerkan.

“Kami mahu mengajak seluruh masyarakat tidak kira usia untuk duduk bersama kami walaupun hanya di kawasan lorong atau kaki lima untuk membaca dan berkongsi apa yang ada dalam minda mereka,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata anggota kelab berkenaan yang ditubuhkan sejak dua tahun lepas, membabitkan semua golongan, namun majoritinya pelajar institusi pengajian tinggi.

Norleha berkata dalam aktiviti Free Read yang dijalankan itu, pelbagai hasil seni lukisan yang dihasilkan masyarakat Sandakan turut dijual dengan harga RM35 bagi digunakan untuk aktiviti lain kelab berkenaan seperti ‘Free School’, ‘Free Food’ dan ‘Free Market’.

Beliau berkata menerusi aktiviti Free School, mereka akan pergi ke tempat yang didiami kanak-kanak tidak dapat ke sekolah untuk mengajar mereka membaca, menulis dan mengira dengan percuma.

Sementara Free Food pula, mereka akan memberi bantuan makanan kepada masyarakat yang kurang berkemampuan di sekitar Bandar Sandakan, katanya.

“Free Market pula merupakan penyerahan pakaian kepada kanak-kanak yang kurang berkemampuan atau gelandangan,” katanya.

Justeru, beliau mengajak anak-anak muda menyertai kelab berkenaan bagi mendedahkan kepada mereka bahawa masih ada golongan yang mengambil berat akan kesusahan orang lain.

Beliau berkata pada masa hadapan, kelab itu merancang menganjurkan satu festival bertujuan untuk mengumpul anak-anak muda yang mempunyai bakat dari segi mencipta puisi dan melukis. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd