• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedai Gunting: Kian Nam Tarik Balik Ungkapan Rasis

oleh AK-47
03/10/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ketua Biro Perundangan Pemuda MCA Kebangsaan Ng Kian Nam melahirkan rasa kesal dengan ungkapan rasis yang disebutnya berhubung kedai gunting ‘Hak Milik Bimiputera’ di Seremban 2.

Beliau berkata beliau telah mendapat penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif C Cut Management Services Sdn Bhd tersebut iaitu Muhammad Nasrullah Yahya semalam bahawa Hak Milik Bumiputera merujuk kepada pemilik salun itu merupakan bumiputera dan bukan bermaksud hanya pelanggan bumiputera sahaja yang dialu-alukan berkunjung ke situ.

“Perkara ini bermula apabila saya terima aduan daripada penduduk mengenai kain rentang yang digantung di kedai itu yang tertera Hak Milik Bumiputera yang telah mencetuskan salah faham.

“Polisi kedai itu sememangnya terbuka dan mesra kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan berdedikasi untuk menawarkan perkhidmatan terbaik dan profesional kepada semua pelanggan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kenyataan Ng tersebut menjadi tular di laman sosial Jumaat lepas.

Sementara itu Muhammad Nasrullah berkata kain rentang yang membawa salah faham berkenaan telah dipasang sejak salunnya di Seremban 2 mula beroperasi pada 2012 bahkan kain rentang sedemikian turut dipasang di lima lagi cawangannya iaitu di Ampangan, Panchor, Bandar Seri Sendayan, Enstek dan Rasah.

“Isu ini memang memberikan kesan kepada perniagaan saya kerana ia mengatakan bahawa kami rasis sedangkan kedai saya selama ini telah dikunjungi pelanggan dari pelbagai kaum. Kita tidak pernah menolak pelanggan dari kaum lain.

“Kita tidak mahu laga-lagakan mana-mana kaum kerana kita rakyat Malaysia hidup dalam masyarakat majmuk,” katanya.

Bagimanapun beliau yang memulakan perniagaannya sejak 2010 berkata pihaknya tidak akan menurunkan kain rentang itu kerana ia bukan berunsur perkauman,. – BERNAMA

Tags: kedai gunting rambutNg Kian Nam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tukang Gunting, Peniaga Pasar Malam Tarik Nafas Lega

05/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha di sektor perkhidmatan gunting rambut, peniaga pasar malam dan khidmat mencuci kereta, hari ini boleh menarik...

Pasar Malam, Kedai Gunting, Pusat Cuci Kereta Dibenar Beroperasi

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd