• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecewa Anak Kahwin Tanpa Restu, Bapa Bunuh Diri

oleh Ahmad Albab
25/10/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK masuk akal langsung. Tindakan seorang bapa yang membunuh dirinya dengan sepucuk pistol secara langsung menerusi Facebook, hanya disebabkan anak perempuannya berkahwin tanpa keizinannya, telah mengejutkan ramai.

Ayhan Uzun, dari Kayseri, Turki, telah mengira sebanyak tiga kali sebelum menarik picu pistol berkenaan. Dia sempat menyatakan : “Selamat tinggal, aku akan pergi, jaga diri kamu.”

Sebaik sahaja menghabiskan ayat berkenaan, Uzun terus terbaring di atas lantai. Dia sebelum itu mendedahkan mahu membunuh diri kerana anaknya berkahwin tanpa keizinannya.

Uzun dikatakan hanya mengetahui mengenai perkahwinan anak perempuannya itu menerusi telefon.

“Oh hari paling bahagia bagi anak saya. Mereka menghubungi saya dan menjemput saya menghadirinya.

“Tiada siapa yang bertanya (minta kebenaran) kepada saya. Tiada sesiapa yang melayan saya seperti lelaki. Bapa mertua saya mengambil tempat saya dan memberikan keizinan kepada perkahwinan anak saya.

“Tiada sesiapa yang memberitahu bahawa bapa gadis ini masih hidup. Saya sebenarnya menunggu anak perempuan dan keluarga saya datang kepada saya dan menjemput saya untuk bersama-sama (meraikannya),” demikian kata-kata Uzun sebelum menembak dirinya.

Ketika video itu disiarkan secara langsung, keluarga dan sahabat merayu kepadanya supaya tidak melakukannya.

Namun keluarganya hanya menemui mayatnya sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bapabunuh diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd