• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Gantung Tugas Jurulatih Disyaki Rogol Atlet

oleh AK-47
04/10/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang jurulatih pasukan terjun kebangsaan yang ditahan polis semalam kerana disyaki merogol seorang atlet negara digantung tugas oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sehingga siasatan kes itu selesai sepenuhnya.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada masa sama Majlis Sukan Negara, Persatuan Renang Amatur Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia akan turut melakukan siasatan dalaman ke atas jurulatih berkenaan.

“Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk siasatan dakwaan kes rogol itu dan mengarahkan semua agensi-agensi di bawah kementerian ini untuk memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis.

“Semua atlet-atlet sukan terjun juga akan diberikan bantuan sesi kaunseling oleh pakar-pakar yang akan dikenal pasti dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin memaklumkan KBS akan membentuk satu jawatankuasa bertindak yang diketuai bekas Chef de Mission Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin untuk mengkaji isu gangguan seksual dan psikologi atlet dalam program-program sukan berprestasi tinggi negara.

Katanya, Marina yang juga Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara akan mengkaji semua aspek dalam isu tersebut termasuk tindakan jangka masa pendek serta panjang termasuk garis panduan dalam menangani aduan, dasar pemberi maklumat, kebajikan atlet dan lain-lain perkara.

“Jawatankuasa ini akan mengemukakan laporan dan syor terus kepada saya.Saya sedih dan kesal atas kejadian ini dan amat berharap siasatan yang adil dilaksanakan dan saya meminta semua pihak menghormati privasi mangsa dan juga semua atlet-atlet terjun negara,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Khairy Jamaluddin Abu Bakarrogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

Tunku Mahkota Ismail Terima Mengadap Onn Hafiz, Khairy Jamaluddin

07/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd